Jumaat, 10 Jun 2011

ADAM & HAWA


Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan,timbul prasangaka buruk menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami dan isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah.... Adam pasrah!. Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu,hati Ain berbolak balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoaannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata, Ingin disimpan hati tak tertanggung.

Novel hasil karya penulis Aisya Sofea. Ceritanya sungguh menarik dan jika didramakan pasti menarik minat ramai penonton. Semoga penulis kesayanganku ini akan terus menghasilkan karya yang lebih mantap dan baik, Insyaallah. Teruskan berkarya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan