Selasa, 14 Jun 2011

CERPEN : Kasih Al-Hambra


Nur Zarith Sofia memerhatikan bunga segar yang menghiasi meja kerjanya. Cantik dan segar. Zarith yang sememangnya amat meminati bunga-bungaan tersenyum ceria.
" Kak Pah, sapa yang letak bunga ni?" tanya Zarith pada kak Latipah. Kak Latipah yang menyusun fail-fail atas mejanya menoleh ke arah meja Zarith.
"Eh! aku tak perasanlah pulak sapa yang hantar, ni mesti kau punya secret admirelah ni Zarith.." Kata Kak Latipah sambil tersenyum.
"Hish! kak pah ni, secret admire konon!..erm takpelah orang dah bagi, sapa-sapa pun aku okey je.."..sambil mencium bunga Carnation yang berbalut indah itu. Namun tiada pula kad pengirim yang terselit. Dan Zarith tidak pula bertanya-tanya siapa gerangan yang memberikannya bunga yang cantik itu. Zarith hanya tertarik pada jambangan bunga itu tanpa langsung terusik hatinya untuk mengetahui siapa sebenar pengirimnya.
" hei zarith ! bukan main khayal kau dengan bunga carnation tu ya, ni mesti ada yang tertarik dengan kau tu, sapa orangnya? si Raju ka?"..Sampuk Malik sambil ketawa-ketawa senang hati dapat mengusik Zarith pagi ni. Terbayangnya Raju security guard yang suka menegur Zarith dengan pandangan matanya yang semacam.
" Ya ampun Malik, kau ni pilihlah yang bagus sikit macam Aaron Aziz ka? Rosyam Noor ka? ini Raju yang kau sebut, aduhai nampaknya aku kena puasalah hari ini.. selera makan aku dah hilang!".. Sahut Zarith sambil ketawa. Tersembur gelak mereka bertiga. Latipah, Malik dan Zarith memang kawan baik. Susah senang merekalah bertiga.
" Zarith tolong bawa dokumen R&K Interprise tu masuk!"..Tiba-tiba Tuan Haji Ahmad Izzri melangkah masuk sambil membaca SMS di telefon bimbitnya. Wajahnya serius tidak seperti yang selalu. Tersentak mereka bertiga! apalagi mereka yang tengah bergelak ketawa tadi semuanya terus duduk  dimeja masing-masing. Zarith yang memang sedia maklum terus mendapatkan dokumen yang diminta dan masuk kedalam bilik Tuan Haji Ahmad Izzri.
"Assalammualaikum Tuan Haji, ini dokumen yang Tuan haji minta.." Zarith sebagai secretary kepada Tuan Haji Ahmad Izzri sentiasa memberikan komitmennya kerana Tuan Haji pernah berkata, Zarith seorang pekerja yang cekap dalam tugas.
" walaikummusalam, letak atas situ, oh ya ! zarith..petang nanti awak ikut saya ke Hotel Marriot, Mr.Wong dan Datuk Mukhriz adakan perbincangan disana sambil minum petang..boleh?" Tanya Tuan Haji Ahmad Izzri.
" Baiklah Tuan Haji, ada apa-apa yang perlu saya sediakan?" Soal Zarith, namun dalam hatinya berkata-kata "emm nampaknya lewatlah aku balik hari ni!"..
"Tak ada apa, saya nak awak minitkan setiap perbincangan kita nanti.."
"Okay, ada apa-apa lagi Tuan Haji?" Zarith bertanya lagi.
" My coffee please.." Akhirnya Tuan Haji Ahmad Izzri tersenyum memandang Zarith. Majikan Zarith ini seorang yang peramah dan baik hati. Namun ada masa-masa yang tertentu mood Tuan Haji Ahmad Izzri berubah mendadak. Dan hanya satu sebab yang menjadikan Tuan Haji Ahmad Izzri menjadi begitu, Isteri keduanya! Puan Marina.Dan hanya Zarith Sofia seorang saja yang tahu!

*******************************************************************************************************

Di beranda rumah, Zarith asyik dengan laptopnya sedang menanti sesuatu. Saban malam dia menanti balasan dari ruang sembang YM. Dia melihat nama yang tertera disitu dan belum menampakkan seseorang disana online. Rasanya sudah dua minggu Zarith tidak mendapat khabar dari "Al-hambra".
"kemana pula dia ni menghilang?" omel Zarith sendirian. Dia mengakui sungguh selesa berbicara dengan pemilik nama "Al-hambra" itu. Zarith mengenali pemilik nama "Al-hambra" dua bulan yang lalu dimana Zarith terbaca komen pemilik nama itu didalam satu forum dalam blog teman baik Zarith, Tinta Dari Andalusia milik Hakimi. Tiba-tiba Zarith tersenyum lebar melihat nama " Al-hambra" berwarna hitam menandakan pemilik nama itu sedang online.

Al-hambra: "Assalammualaikum Zarith"
Zarith : " Walaikummusalam Al-hambra, lama tak nampak awk online?"
Al-hambra: " kenapa? awk rindu saya ke?"
Zarith : " rindu?ermm entahlah!".. Zarith tersenyum dan berdalih tentang hatinya yang mula terusik.
Al-hambra: " emm betullah awk tak rindu saya?" .. Saat ini Zarith seperti dibuai rasa. Dia tersenyum lagi sambil lancar membalas kata-kata "Al-hambra"
Zarith : " adalah sikit!"
Al-hambra: " Tapi saya rindu awak terlalu banyak!"..Zarith ketawa, ketawa yang hanya Zarith sendiri dengari. Ada bahagia menyaluti hatinya malam ini.
Zarith : " kenapa awk boleh rindu saya? kita belum pernah berjumpa lagilah"
Al-hambra: " memang, tapi saya sentiasa "melihat" awak!"..Zarith tersentak! "Eh! biar betul ni, dia pernah tengok aku ke?"..Zarith bersoal jawab dalam hati. Dahinya berkerut-kerut memikirkan sesuatu mengenai "Al-hambra"
Zarith : " dimana awak sekrg?"
Al-hambra: " ada dihatimu!"
Zarith : " laaa orang tanya seriuslah!"
Al-hambra: " hahaha, janganlah merajuk, saya ada kat rumah sekrg"
Zarith :" boleh saya tanya sesuatu tak"
Al-hambra: " Tanya saja, insyaallah saya jawab"
Zarith menimbang-nimbang ingin mengajukan soalan. Keinginan dihatinya untuk menanyakan sesuatu itu bagaikan terasa segan. "ah! tanya sekrg, nanti esok-esok dia menghilang lagi!" bisik hatinya.
Al-hambra: " Zarith? are you still there?"
Zarith : " ermm ya, boleh tak saya tahu nama awak sebenarnya?" Akhirnya Zarith menyuarakan juga.
Al-hambra: " sure, but not tonight"
Zarith : " but why? apa salahnya kalau awak bagitahu sekarang?"
Al-hambra:" I will, sabarlah. Okaylah got to go, saya ada hal esok pagi, nanti kita sembang lagi. bye, assalammualaikum!".. Belum sempat Zarith membalas, "Al-hambra" sudah Offline.
" Ya Tuhan! apa pasallah dgn dia ni, hish!"..Terkilan rasa hati Zarith. Selama dua minggu dia menunggu "Al-hambra" bersembang diruang YM tapi tidak sampai setengah jam, "Al-hambra" hilang lagi! Dan baru Zarith ingin log out dari YM, tiba-tiba "Al-hambra" online semula. Zarith tidak jadi meneruskan niatnya dan menanti "Al-hambra" memulakan bicara seperti tadi.

Al-hambra: " Zarith?"
Zarith : " ermm"..
Al-hambra: " maaf pasal tadi, awak marah?"
Zarith : "Taklah, cuma terkilan! kenapa awak online balik? kata nak tidur?".. jujur Zarith menyatakan perasaannya tadi.
Al-hambra:" Zarith, boleh tak saya minta nombor handphone awak?".. Buntang mata Zarith membaca permintaan "Al-hambra" itu. Bukan apa, dia rasa ragu-ragu nak memberikan nombor telefon pada orang yang tidak dikenalinya. Zarith berfikir. Dan "Al-hambra" seperti dapat membaca reaksi dan fikiran Zarith tika ini.
Al-hambra: " awak takut nak beri ke? jgn risau, insyaallah saya tak akan ganggu hidup awak dgn perkara yang tidak baik.. saya cuma nak dengar suara awak je"..Jelas "Al-hambra".
Zarith : " okay, asalkan awak jujur!"
Al-hambra:" Insyaallah, saya jujur dan ikhlas pada awak Zarith.."
Akhirnya, Zarith memberikan nombor telefonnya kepada '"Al-hambra". Selesai mereka bersembang di YM kali ini "Al-hambra" ingin menamatkan perbualan mereka di YM.
Al-hambra:" okaylah zarith, saya mengantuk dah ni, Insyaallah ada masa nanti saya call awak. awak jaga diri dan selamat malam!"
Zarith : " yelah, awak tidur baik-baik ye..assalammualaikum, selamat malam!".. Mereka menamatkan perbualan. Zarith tersenyum dan sudah pasti pemilik nama "Al-hambra" juga tersenyum!


********************************************************************************************************

Warung Kak Jiah sesak dengan pelanggan, Zarith melilau mencari Hakimi. Pagi tadi Hakimi menghantar SMS kepada Zarith menyatakan ingin berjumpa dan sarapan bersama dengannya. Dihujung meja dari tempat Zarith berdiri, Hakimi melambai-lambaikan tangannya kearah Zarith.
" Hei kimi ! apa mimpi kau nak breakfast dengan aku ni, agak lama jugalah kita tak jumpa kan?" Tanya Zarith sebaik saja duduk berhadapan dengan Hakimi. Teh O panas dan nasi lemak ikan bilis sudah sedia dihadapan Zarith.
"Takdalah, aku saja nak cari mangsa pagi-pagi temankan aku breakfast, tu! aku dah order sarapan kebiasaan kau, makanlah.." Kata Hakimi sambil tersenyum melihat Zarith teman lamanya semasa sama-sama belajar di UiTM dulu.
" Eleh! banyaklah kau punya mangsa! tapi ok juga save la budget aku pagi ni!".. Mereka berdua tertawa. Sambil makan mereka berbual tentang perkembangan diri masing-masing dan juga pekerjaan. Hakimi adalah seorang arkitek disalah sebuah Syarikat Swasta, walaupun dilahirkan didalam keluarga yang berada dan menjadi anak kepada Tan Sri Muazir Abdullah, Sikap rendah diri dan peramah Hakimi disenangi semua orang termasuk Zarith. Malah Zarith pernah kerumah mewah keluarga Hakimi bersama dengan teman-teman kuliah masa mereka belajar dulu.
"Kimi, blog kau bestlah, kali terakhir aku baca tentang pengisahan kau tentang Islam terawal di Andalusia minggu lepas. Itu pun bersirikan? bila nak update?"..tanya Zarith.
"Emm tulah, sejak seminggu ni aku sibuk betullah dengan kerja aku, sampai rumah dah malam, letih!.. nantilah ada masa aku akan update cerita tu..kenapa kau mcm berminat je?" senyum-senyum Hakimi memandang Zarith.
" Berminatlah, lebih-lebih lagi kau ceritakan tentang tempat-tempat menarik, terasa nak pergi dan tengok dengan mata aku sendiri, baru puas hati.!" Zarith cuba membayangkan tempat-tempat yang dinyatakan Hakimi didalam blognya itu.
" Eh! bulan depan aku nak ke Madrid bersama misya adik aku, kebetulan sepupu aku pun pergi sama, so amacam kalau kau ikut sekali, pasal tempat tinggal no problem, kau ikut jelah mana kami nak tidur, tiket kau belilah!" Idea Hakimi itu membuatkan hati Zarith menjadi girang. Dia yang sememangnya ingin melancong ke Sepanyol selama ini akhirnya mendapat peluang untuk pergi ketempat-tempat yang menarik.
" betul ke kimi? eh bestlah! mestilah aku nak ikut, terima kasih pasal penginapan dan sampai office nanti aku nak booked tiket! tak sabar aku! "..melonjak keriangan Zarith.
" okay, tempah cepat kita bertolak pada hari isnin tarikh 14hb bulan depan selama seminggu!".. Hakimi menerangkan pada Zarith tarikh perjalanan mereka nanti.
"OK! set! thank you kimi, kirim salam pada misya, dan eh! sapa sepupu kau tu?" Tanya Zarith.
" Eh! oklah dah dekat nak masuk kerja dah ni, ok, Zarith nanti apa-apa hal i'll call you, and about my cousin, nantilah kau akan jumpa juga! bye!". Sebelum Hakimi beredar sempat lagi dia mencuit hidung mancung Zarith. Usikan yang selalu dibuat Hakimi bila berjumpa dengan Zarith.

Sampai sahaja dipejabat, bunga carnation sudah menanti atas meja Zarith. Kali ini Zarith benar-benar ingin tahu siapa yang rajin menghantar bunga padanya setiap hari.Dia mencari Kak Pah, kelibat kak Latipah tidak kelihatan, dia mencari Malik, pun belum muncul juga. Lalu dia bertanya pada Nelly, Reception and Tea lady pejabat mereka.
" Nell, awak nampak tak siapa-siapa yang hantar bunga kat atas meja saya?" Tanya Zarith pada Nelly.
" ooohh bunga tu, tadi ada seorang lelaki hantar bunga tu katanya bunga untuk Cik Zarith, sayalah yang letak kat atas meja Cik Zarith.." Terang Nelly.
" jadi selama ini, awak yang terima dan letak kat atas meja saya?" Soal Zarith pada Nelly.
" Ya Cik Zarith, errr...Cik Zarith tak suka ke?" Nelly berasa tidak sedap hati melihat Zarith yang merenungnya dari tadi.
"Eh! taklah, saya memang suka bunga tu, awak kenal tak lelaki tu dan ada awak tanya dia dari mana?"
" Takda pulak saya tanya, selama ini saya ingatkan dia teman Cik Zarith.. " Nelly menerangkan.
"Ermm takpalah Nelly, thanks..oh ya! nanti dalam pukul 10.30 pagi, awak sediakan minuman untuk empat orang ya, Tuan Haji ada mesyuarat dengan Seri jati Holdings, jangan lupa ya.." Zarith beredar sambil memikirkan siapa pengirim bunga itu. Telefon bimbit Zarith bergetar menandakan ada SMS masuk. Zarith membuka dan membaca.

Selamat pagi, cntk tak bunga yg atas meja awk?

Zarith terkejut! dan melihat nombor yang menghantar SMS padanya itu. Nombor yang tiada dalam senarainya.
"Eh! siapa pula ni? pengirim bunga tu ke?" Zarith bercakap sendirian.

siapa ni ye? awk yg hntr bunga tu ke setiap hari?

Zarith membalas SMS itu.

Ya sy yg hntr.

Zarith memikirkan siapa orang yang menghantar bunga padanya dan bagaimana orang ini tahu nombor telefonnya. Nelly! Zarith menelefon Nelly,
"Hello, Nell, orang yg hantar bunga tadi ada tak dia minta nombor handphone saya?" tanya Zarith.
"Takda pulak Cik Zarith. kenapa?" Soal Nelly kembali.
" Ermm takpalah, ok nell sorry kacau awak.."
" Takpa Cik Zarith, ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu Cik Zarith?" Nelly bertanya.
" Takda..thanks nell..".. Zarith kemudiannya membalas SMS itu lagi.

mcm mn awk tahu no.hp sy? dan sapa awk sbnrnya?

Seminit, dua minit dan akhirnya setengah jam berlalu, SMS pertanyaan Zarith tidak berbalas. Hati Zarith tidak keruan dan hatinya terbiar tanpa jawapan yang dia mahukan dari pengirim bunga itu.


*******************************************************************************************************

Setelah selesai mengemaskan pakaian dan barang-barang keperluan yang lain, Zarith membuka laptopnya. Seperti biasa dia akan online dan mengharapkan "Al-hambra" muncul malam ini. Detik demi detik berlalu, yang dinanti belum juga muncul. Zarith kemudiannya membuka blog Hakimi, terpampang diskrin laptopnya Tinta Dari Andalusia. Dia membaca komen-komen daripada pengikut di blog Hakimi. Zarith melihat ada nama "Al-hambra" terpampang diruang CBOX. Zarith melihat last posting "Al-hambra",
" hari ini, jam 8.15 malam, eh! setengah jam yang lalu!" Zarith membaca komen "Al-hambra" di blog Hakimi.

Al-hambra : Andalusia, tempat dimana akan kutemui apa yang kucari. Dan yang pasti 
                      aku ada bila "dia" datang dan senyum padaku..

Zarith melepaskan keluhan, nampaknya malam ini dia tidak akan dapat bersembang dengan "Al-hambra". Sebelum menutup laptopnya, sempat lagi Zarith mengirimkan offline messages di YM untuk "Al-hambra".

seminggu tidak ada di Malaysia. Jumpa lagi.


*******

Kota Granada, kami check in di Hostel El-Granado,berdekatan dengan Universiti Of Granada . Hakimi memberitahu bahawa esok pagi kami harus bertolak ke Cordova (dalam bahasa arab disebut Qurtubah). Misya yang merasakan keseronokan sejak kami sampai dibumi Andalusia ini begitu teruja sekali.
" Abang, transport dah ada ke?" tanya Misya pada Hakimi.
" Dah, Rayyan dah atur semuanya untuk kita disini, jangan risaulah!" Ujar Hakimi. Rayyan? siapa Rayyan? Zarith yang sedari tadi hanya berdiam kerana kepenatan berkata dalam hati.
" Kimi, siapa Rayyan?" Akhirnya Zarith bertanya. Misya menoleh ke arah Zarith dengan senyuman.
" Abg Rayyan tulah sepupu kami, dia dah tiga hari kat sini sebelum kita datang ni". ujar Misya.
"Jadi, sepupu korang yang tak ikut kita sekali tu, Rayyan?" Tanya Zarith lagi inginkan kepastian.
" Ya!"..serentak Misya dan Hakimi menjawab. Lantas dua beradik tu tertawa.
" Dah, tidurlah, esok pagi nak bangun awal ..sweetdream!" Hakimi keluar meninggalkan Misya dan Zarith.
"Misya, Rayyan tu buat apa kat sini? dia seorang saja ke?" Tanya Zarith lagi. Seolah-olah dia berminat ingin mengetahui siapa Rayyan.
" Kak Zarith, Rayyan tu pilot sebenarnya, memang dia nak pergi bersama-sama kita kesini, tapi dia terpaksa batalkan dan awal ke sini kerana selepas dia membawa pesawat ke London hari tu dia terus SMS abg Hakimi mengatakan dia terus terbang ke Sepanyol dan dia menunggu kita di Cordova." Terang Misya.
" Oh macam tu, takpelah esok kita nak ke sana, tapi apa yang ada di Cordova ya?" Zarith hanya mengetahui beberapa tempat saja yang menarik selebihnya dia mengharapkan Hakimi yang membawanya.
" Kita tengok saja esok kak, Misya pun tak berapa tahu tempat-tempat disini.Cuma yang Misya tahu ada sebuah Istana yang dinamakan Al-hambra.." Terkejut Zarith mendengar nama Al-hambra! jantungnya berdegup kencang. Dan dia terus mengingati pemilik nama 'Al-hambra" yang dikenalinya melalui blog Hakimi dan YM.
" Ermm yalah Misya, akak pun tak sabar pula nak tengok istana tu.." Zarith cuba melelapkan diri namun ingatannya kepada "Al-Hambra" begitu kuat sekali.Akhirnya Zarith terlelap juga.

*********

Mereka keluar awal pagi tu, selepas bersarapan dengan roti dan Teh O Granada yang sedap dan wangi, mereka bertiga meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju, AL-HAMBRA! Zarith, semakin dekat dengan Al-hambra debaran didadanya semakin kuat. Al-hambra sangat besar, entrance fee untuk masuk adalah sebanyak 10euro. Dari pintu utama Al-hambra,Puerta de Las Granadas/ Gate of Pomegranates, mereka berjalan sambil mengagumi keindahan yang menghiasi ruang setiap mata yang memandang.Sejarah mengatakan Al-hambra adalah sebuah masjid yang dibina oleh orang Islam pada zaman Bani Umayyah 800 tahun yang lalu.Keindahan dan kecantikan seni bina Islam yang masih jelas kelihatan membuatkan Zarith terpaku dan merasa tenang disini. Cuma sayangnya, Masjid yang cantik ini telah berubah menjadi sebuah Cathedral setelah tumpasnya kerajaan Islam ditangan Kristian. Dan semasa memasuki pintu Alhambra, mereka ditanya seorang lelaki tua, " Are you muslim?"
"Yes we are." Hakimi menjawab. Lelaki tua itu pun membalas: "I want to remind you that you are not allowed to pray here since you know that this is not a mosque. It had been transformed into a cathedral." Ulas lelaki tua itu.." Yes, we know, thank you" Hakimi membalas penerangan lelaki tua itu. Mereka pun meneruskan lawatan, meneroka dan mengambil gambar. Tiada siapa diantara mereka bertiga yang bersuara, masing-masing terpegun melihat kecantikan dan ketenangan sepanjang berada di Al-hambra.

"Assalammualaikum". Zarith terperanjat mendengar salam. Dia menoleh dan seorang lelaki berdiri betul-betul berhadapan dengannya. Dibelakangnya Hakimi dan Misya senyum-senyum melihatnya.
"Walaikummusalam". Jawab Zarith. Belum pernah dia melihat lelaki ini. Handsome! sempat lagi Zarith memuji lelaki itu dalam hatinya. Apa tidaknya dengan wajah putih bersih seperti orang Inggeris memang Zarith akan terpuji dalam diam.
" Zarith, ini aku kenalkan.. inilah Rayyan, sepupu aku", Hakimi bersuara. Rayyan menghulurkan tangan dan Zarith menyambut tangan itu. Sejuk dan terasa getaran dalam jiwa Zarith.
"Al-hambra." Kata Rayyan, sambil tersenyum..
" Ya, kita berada didalam Al-hambra, cantik bukan!"  Zarith cuba memulakan perbualan. Namun Rayyan tetap senyum.
" Zarith, sayalah Al-hambra.." Terang Rayyan. Kaku sebentar Zarith dengan pengakuan Rayyan. Al-Hambra! Rayyan adalah "Al-Hambra"? dia melihat Rayyan dan melihat Hakimi juga Misya. Rayyan senyum dan Hakimi menggangguk! Ya tuhan, Rayyan adalah "Al-Hambra" yang dikenalinya melalui alam maya, dan kini "Al-hambra" benar-benar ada didepan matanya sambil menguntum senyuman yang mengusik hati wanita Zarith!


Hakimi memberitahu selepas Zarith berbalas komen dengan "Al-hambra" didalam blognya tempohhari, Rayyan sering bertanya pada Hakimi tentang Zarith. Hakimilah yang memberitahu siapa Zarith sebenarnya, dimana Zarith bekerja dan Hakimi jugalah sebenarnya penghantar bunga yang dipesan oleh Rayyan! memandang tugas Rayyan sebagai pilot yang tidak tentu masa, maka itulah Rayyan jarang online di YM. Setelah memberikan penjelasan kepada Zarith, Hakimi dan Misya meninggalkan Zarith dan Rayyan berduaan. Rayyan membawa Zarith kesebuah taman dimana ada kolam dengan air pancutan yang dibina bagi mencantikkan suasana di Al-hambra. Mereka duduk saling berhadapan. Rayyan menatap wajah Zarith. Zarith yang merasa tidak tentu arah dipandang sebegitu memulakan bicara.
" Kenapa awak tak berterus terang masa saya tanya dalam YM hari tu?" Soal Zarith. Dipandangnya Rayyan. Benih rindu yang bertamu dihatinya sedikit sebanyak terubat dengan pertemuan yang tidak dijangka olehnya itu.
" sebab saya tak suka memberikan jawapan didalam itu, kerana saya yakin kita pasti akan bertemu akhirnya." Jawab Rayyan.
" saya pun tak sangka awak adalah sepupu kepada Hakimi, jadi awaklah yang SMS saya masa Hakimi hantar bunga pada saya? " Zarith bertanya lagi.
" Ya, awak tak ingat ke malam tu saya ada minta nombor telefon awak?"
" laaa, memang saya lupa! patutlah!".. Zarith ketawa mengenangkan kealpaannya tentang hal itu.
" Jadi, awak rindu saya ke?" Tiba-tiba Rayyan bertanya pada Zarith. Berdebar hati Zarith.
" Entahlah kalau saya kata ingat pada awak itu didefinisikan sebagai rindu." Zarith berdalih lagi. Dia senyum dalam hati, kerana sememangnya merindui Al-hambra atau Rayyan dan mengharapkan pertemuan ini terjadi. Namun takdir tuhan tiada siapa dapat menyangka, Al-hambra di Kota Granada ini menemukan mereka berdua akhirnya.
" Zarith, rindu saya pada awak setiap hari dan setiap masa, kerana itulah selepas tugas saya dilondon tempohhari, saya terus mengambil cuti awal untuk menunggu awak disini. Hakimi beritahu awak akan ikut sama.." Jelas Rayyan.
" ermm patutlah awak ada mengatakan di blog Hakimi, yang awak akan menunggu kedatangan "dia" di Andalusia!"

" Saya maksud "dia" itu adalah awak Zarith!" ..Rayyan senyum lagi dan kali ini Zarith membalas senyuman itu. Senyuman yang membawa seribu makna.

Al-hambra yang tersergam indah, besar dan cantik itu akhirnya menemukan dua insan ke alam realiti dimana sebelum itu mereka sering berada di dunia maya. Al-hambra juga telah menaburkan benih cinta ke dalam hati "Al-hambra" dan Zarith. Begitulah rencana tuhan, biar dimana juga kita berada, jika sesuatu yang tanpa dirancang berlaku, maka dengan keizinanNya, maka terjadilah ia. Kini mulalah bertaut kasih "Al-hambra" untuk penghuni hatinya.


12.30am!
Leeza menamatkan cerita ini. Alhamdulillah!









      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan