Rabu, bermula lagi pagi yang baru, petang yg baru. Rutin waktu yang sering berlalu. Hari ni tidak seperti hari yang lain, aku terlambat bangun lagi. Apa tidak sedang update dan cuba mencari idea untuk tulisanku. Jam 3 pagi baru mataku terlelap dalam kedinginan subuh.
Sebenarnya aku punya rencana, rencana untuk pengisian waktu. Hidup ini terasa singkat kurasakan dan aku perlu lakukan sesuatu pada minatku. Terdetik hati tatkala menonton filem Julie & Julia di Channel HBO malam tadi. Kisah tentang dua wanita yang meminati masakan dan sering mencuba resipi yang baru. Julie adalah wanita berumur 30 tahun yang bekerjaya, bersuami dan sering menghabiskan waktu lapangnya untuk berada didapur.Melalui suasana persekitaran yang baru, tempat tinggal yang baru akibat krisis selepas tragedi 9/11, Julie sering berada dalam tekanan dan selalu merasa kebosanan. Dan Julie juga meminati tukang masak wanita yang berasal dari Perancis, Julia Child. Julia seorang surirumah tangga yang berkahwin dengan seorang lelaki Amerika yang bertugas di kedutaan Amerika di Perancis.
Berada dalam lingkungan waktu yang berbeza, Julie sering membuat resipi yang dibuat oleh Julia melalui buku masakan yang diterbitkan Julia, Julia Home Cooking.Dia menjadikan Julia sebagai idolanya. Setiap hari dia memberitahu pada pembaca blognya tentang resipi yang dicubanya. Komen-komen positif datang bertalu-talu memberikan semangat padanya.Bertuah memiliki suami yang sentiasa memberi sokongan dan kasih sayang. Hidup Julie tidak kosong. Berkisah pula tentang Julia yang berasal dari tahun 40-an, dari seorang wanita yang tidak tahu bagaimana untuk merebus telur, bagaimana untuk memotong bawang dengan betul akhirnya menjadi terkenal kerana minat dan usaha gigihnya sehingga menghasilkan beberapa resipi ciptaannya sendiri. Akhirnya dia membuat buku masakan dan berkongsi resipi dengan wanita-wanita seluruh dunia.
Aku juga ingin menjadi seperti mereka Julie & Julia, bukan dalam bidang masakan tapi dalam bidang yang aku minati.Cuma bagaimana untuk aku merealisasikan impian ini? Doakan agar hatiku tetap tabah dan menjadi sekuat wanita-wanita didalam cerita itu tadi.
So, oklah sambil bekerja insyaallah mencuri waktu untuk update blog. Jumpa lagi! :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan