Jam 1 pagi! mata masih belum mengantuk. Rasa hati ingin menghabiskan pembacaanku malam ni. Kisah ADAM & HAWA, novel dari penulis kegemaranku Aisya Sofea. Namun mengingatkan harus kepejabat awal pagi, mungkin sebentar saja lagi harus berada diperaduan.
Novel, ya novel! Dulu masa sekolah masa terlalu terhad untuk membaca apatah lagi ingin memiliki sebuah novel. Datang daripada keluarga yang bukan berada agak menyulitkan untuk memiliki sebarang buku novel dan hanya mampu menyewa di library sebanyak 2 buah naskhah saja.Minat timbul sejak disekolah rendah lagi. Buku pertama yang dibaca semasa berada di Darjah 3 adalah OLIVER TWIST. Sejak dari situlah minat membaca cerita-cerita rakyat dan novel bermula. Kata orang membaca novel hanya pada orang-orang yang berjiwa sensitif dan bersifat romantis. Namun bagiku novel boleh dibaca pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua dan muda. Pengisahan novel bukan saja berkisar kisah cinta semata-mata. Penulis menceritakan sesuatu yang realiti dan fantasi. Dua unsur yang membawa pembaca menghayati babak, adegan dan imaginasi tersendiri melalui jalan cerita yang begitu baik.
Terbitan Alaf 21, karangkraf telah melahirkan penulis-penulis kegemaranku seperti Ramlee Awang Murshid (kakitangan RTM, Angkasapuri yang berasal dari Papar, Sabah) Aisya Sofea, Norzailina Nordin, Damya Hanna, Fauziah Shaari, Meen Zulaikha, Siti Rosmizah dan Sharifah Abu Salem. Kini karya penulisan mereka juga telah dijadikan drama-drama TV dan Filem. Menarik dan sungguh mempesonakan.
Pada mereka yang mempunyai minat sama seperti diriku, membaca novel baik sebenarnya. Tidak kisahlah pandangan orang lain mengenai minat yang mendalam terhadap novel. Orang nak kata kita tenggelam dalam dunia khayalan mereka silap sebenarnya. Orang yang bijak berfikir dan menilai pasti tidak akan meluahkan kata-kata seperti ini. Dan bagiku, selagi ku mampu, selagi ku masih berdaya minat ini akan bersamaku sepanjang hayatku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan