Alam itu :-
Pelarian Puteri Seri Kenangan membawanya bertemu sang teruna berselubung. Sepasang mata galak milik sang puteri membuat sang teruna sangat terpana. Dilema perasaan mula menguasai. Mengenang syarat untuk sembuh, ia harus menemui cinta sejati. Tetapi, bagaimana dia akan menemui dengan wajah yang hodoh?
Alam ini :-
Utama Production di era kejatuhan. Sudahnya, Jamal bercadang membuat program di TV berkonsepkan jurnal "Jejak Misteri'. Agenda projek penggambaran di lokasi legenda sumpahan seorang ibu, membawanya terperangkap ke alami itu. Bersama sebuah cinta yang dipendam tanpa berkesudahan.
Semua kejadian itu cuma berhenti bila cinta dilafazkan dengan ikhlas dan redha melepaskannya kerana takdir yang satu. Sebuah kisah thriller tentang pertembungan antara golongan yang setia dengan pihak yang ingkar kepada-Nya.
Karya pertama daripada Penulis bernama SALINA SALLEH ini berbentuk thriller yang terhasil dari garapan kreativiti beliau melalui kajian pembacaan dan menyaksikan dua insiden yang benar-benar berlaku. Dan yang amat menarik hati saya untuk meneruskan pembacaan ini, beliau telah menyaksikan sendiri dengan mata kepala beliau sendiri dimana sewaktu bertugas sebagai penerbit di stesen TV tempatan dan melihat VT yang baru dirakam ketika kejadian histeria di kalangan para pelajar perempuan disekolah tinggi yang terkenal di Negara Brunei Darussalam. Beliau dapat melihat sendiri dimata bagaimana seekor jin yang menduduki tubuh pelajar perempuan itu telah melafazkan dua kalimah syahadah!
Novel ini terhasil dari idea yang muncul dari kaca mata penulis. Beberapa watak yang dilihatnya turut diselitkan didalam novel WAJAH SEIRAS CINTA ini. Saya sudah memilikinya dan sedang membacanya! anda bila lagi??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan