Rabu, 21 November 2012
Isnin, 19 November 2012
I LOVE YOU TOO, STUPIDO!!
I'm bad and I'm dangerous! - Iris the diva!!
My parfait, perfect! " Sir! How could you! menggoda seorang gadis di bawah umur?" - Iris.
"Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!" - Insp.Ebrahim.
"Untuk bodyguard saya.. yang sangat macho,stylo...dan..." - Iris.
"Dan apa?" - Firman
"Ermm... satu hari dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu " - Iris, pembunuh lelaki tanpa bayang!
" Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar..."
Ya, Allah.. satu karya yang indah untuk dibaca, sangat menyentuh hati bila menghayati kita seperti berada didalam situasi yang sukar untuk diucapkan. Kisah kemanusiaan yang penuh dengan rentetan sejarah berdarah, kesedihan, kesengsaraan dan pengajaran namun penuh dengan kasih sayang yang tidak boleh dinilai dan digambarkan kata-kata.
Agama islam agama yang indah bila memahami sebenar-benarnya islam. Unsur-unsur yang menenangkan jiwa dan rohani. Pengetahuan yang terbatas menjadi luas. Sentiasa bermain dengan perasaan suka, duka, sakit perit, pedih. Senyum dan tawa terletus tanpa sedar, airmata mengalir tanpa diminta. kisah yang meruntun jiwa membuatkan kita tersedar dari lena, betapa alpanya hidup selama ini. Allahuakbar!
Firman Ebrahim, Engkau penenang walaupun kadang-kadang engkau brutal dan kasar. Bila kenakalanmu bermula hati menjadi indah. Watakmu mencerminkan engkaulah idaman.
Abang pedas, biar pedas dan panas berapi bisa mencairkan hati yang dingin dan beku menjadi selembut sutera!
Aku pasti akan merinduimu Firman Ebrahim a.k.a Abang Pedas!!
My parfait, perfect! " Sir! How could you! menggoda seorang gadis di bawah umur?" - Iris.
"Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!" - Insp.Ebrahim.
"Untuk bodyguard saya.. yang sangat macho,stylo...dan..." - Iris.
"Dan apa?" - Firman
"Ermm... satu hari dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu " - Iris, pembunuh lelaki tanpa bayang!
" Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar..."
Ya, Allah.. satu karya yang indah untuk dibaca, sangat menyentuh hati bila menghayati kita seperti berada didalam situasi yang sukar untuk diucapkan. Kisah kemanusiaan yang penuh dengan rentetan sejarah berdarah, kesedihan, kesengsaraan dan pengajaran namun penuh dengan kasih sayang yang tidak boleh dinilai dan digambarkan kata-kata.
Agama islam agama yang indah bila memahami sebenar-benarnya islam. Unsur-unsur yang menenangkan jiwa dan rohani. Pengetahuan yang terbatas menjadi luas. Sentiasa bermain dengan perasaan suka, duka, sakit perit, pedih. Senyum dan tawa terletus tanpa sedar, airmata mengalir tanpa diminta. kisah yang meruntun jiwa membuatkan kita tersedar dari lena, betapa alpanya hidup selama ini. Allahuakbar!
Firman Ebrahim, Engkau penenang walaupun kadang-kadang engkau brutal dan kasar. Bila kenakalanmu bermula hati menjadi indah. Watakmu mencerminkan engkaulah idaman.
Abang pedas, biar pedas dan panas berapi bisa mencairkan hati yang dingin dan beku menjadi selembut sutera!
Aku pasti akan merinduimu Firman Ebrahim a.k.a Abang Pedas!!
Selasa, 6 November 2012
Tarikh 06/11/2012, anak-anak akan bercuti selama sebulan di kelantan. Pastinya mereka merasa sangat seronok dan teruja kerana inilah kali pertama mereka bercuti jauh dikelantan. Demi kegembiraan anak-anak aku sanggup berjauhan selama sebulan dengan mereka. Di sana mereka akan tinggal bersama kakakku yang telah lama menetap disana.
11.45pagi, penerbangan dari Sandakan-Kuala Lumpur (KLIA) kemudian mereka akan meneruskan penerbangan dari Kuala Lumpur(KLIA) ke Kota Bahru Kelantan pada jam 6.25 petang. Semoga perjalanan anak-anakku berjalan dengan lancar dan selamat. amin.
Mungkin inilah masanya aku harus belajar sekali-sekala melepaskan anak-anak untuk terus belajar berdikari. Walaupun hati sentiasa dilanda kerisauan namun doaku sebagai ibu tetap kakan mengiringi mereka, Insyaallah.
Buat bekas suami, terima kasih abang kerana tetap terus bertanggungjawab terhadap anak-anak. Walaupun kita berpisah namun kasih sayang kita terhadap anak-anak tidak pernah berbelah bagi. Sebagai ayah, aku tahu abang memang sangat menyayangi mereka. Dan terima kasih juga kerana membenarkan aku menjaga dan bersama anak-anak selama ini. Tiada dendam antara kita.
Dan tidak lupa buat keluargaku, kakak-kakakku semua, terima kasih atas segala keprihatinan terhadap anak-anakku. Rasa hiba dan terhutang budi yang tidak terhingga pada kalian. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas budi baik kalian semua, insyaallah, amin.
* nampaknya tinggallah aku sebulan sendirian. arrgghh boringnya!" starting count a day!. (^_^).
Khamis, 1 November 2012
Damai, tenang dan selesa itulah menjadi impianku selama ini. Aku suka dengan suasana yang amat damai jauh dari keriuhan yang membingitkan. Hati semacam aku sememangnya suka dengan keadaan sebegini. Aku ingin menulis, aku ingin menceritakan sesuatu dan berkongsi dengan semua orang. Perjalanan dalam kehidupan sedikit sebanyak memberikan satu inspirasi buat diriku untuk menjadikan ia sebuah kisah.
Namun kerana beberapa komitmen yag harus aku laksanakan, minatku terhadap penulisan terpaksa aku tangguhkan buat seketika. Tunggulah tiba waktunya pasti akan tercapai juga impianku ini. Musim cuti hampir tiba dan inilah masa untuk bercuti dari kerja-kerja yang memeningkan.
Insyaallah, aku tengah berusaha mencari bahan dan maklumat. Aku ingin membuat sedikit kajian tentang sesuatu kisah sebelum aku menulis. Minda ini sebenarnya sarat dengan pelbagai idea dan pelbagai cerita. Namun belum juga berkesempatan untuk aku alihkan ke penulisan. Ya, pasti satu hari nanti aku akan berusaha untuk laksanakan.
Rabu, 11 Julai 2012
(Video) Pra- Wedding dan Majlis Akad Nikah Irma Hasmie dan Redza Azmeer.
(VIDEO) Pra-Wedding Irma Hasmie dan Redza.
Romantik sungguh pertemuan mereka di Tanah Suci Mekah!
Setiap wanita mengimpikan sesuatu yang indah ataupun momen yang terindah untuk dingati sebagai kemanisan hidup berumahtangga dengan insan tersayang. Memiliki seorang lelaki yang mampu menjaga diri kita didunia dan diakhirat. Jika dilihat video pra wedding Irma Hasmie dan Redza Azmeer ini, aku teringat tentang sebuah novel yang paling meruntun dan membuai perasaan pembaca Karya dari penulis Melur Jelita - AWAK SUKA SAYA TAK?. Watak seorang lelaki peranakan Korea-Amerika -Cina, Damien Yong ataupun lebih indah dikenali setelah dia menjadi mualaf yang sayangkan islam, Muhammad Hilman Yong Bin Abdullah. Wajah suami Irma ini lebih kurang apa yang dibayangkan dalam Novel ini.
Puteri Intan Zulaikha atau Intan atau Cik Zulaikha, adalah watak seorang gadis cantik yang agak lincah kemudiannya jatuh cinta dan menjadi kekasih hati Muhammad Hilman Yong Abdullah. Dan bayangan dalam novel itu, Irma Hasmie sangat sesuai sekali dengan ciri-ciri yang digambarkan penulis. Mungkinkah ada situasi sebegini benar-benar berlaku dialam realiti? Jika benar, indah bukan?
Apapun, Selamat pengantin baru buat Irma Hasmie dan Redza Azmeer yang telah melangkah ke dunia baru sebagai pasangan yang halal disisi agama. Semoga restu kedua-dua ibubapa mereka memberikan sejuta kebahagiaan dan kegembiraan buat mereka berdua sehingga ke akhir hayat. Marilah kita berdoa semoga perkahwinan yang dibina setelah pertemuan didepan Kaabah ini akan berkekalan. Amin.. Selamat Berbahagia!.
Majlis Akad Nikah. Tampan dan sama cantik.
Rabu, 27 Jun 2012
SELAMAT TINGGAL WAHAI LELAKI BERDUKA DARI TANAH RENCONG!
SELASA, 26hb Jun 2012, tepat jam 1.30 pagi aku menghabiskan bacaan terakhir dari novel yang paling aku sayangi dan gemari berkisahkan perjalanan hidup watak rekaan penulis Thriller No.1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid iaitu Saifuddin Jalis juga dikenali sebagai Lelaki Berduka Dari Tanah Rencong, Anak Asuhan Arwah Wali Sufi, Lelaki Bertanduk Dua, suami kepada Ratna Sang Ratu, bapa kepada Andika yang juga seorang pendekar yang berasal dari Kampung Punggor iaitu LAKSAMANA SUNAN !
Penulis menggarapkan jalan cerita yang tersusun dan indah. Sentiasa menyelitkan unsur-unsur dakwah dengan begitu baik sekali. Pastinya dengan beberapa rujukan yang harus dikaji terlebih sebelum menjadikan ia sebuah cerita epik yang sangat menarik dan sangat beri kesan yang positif dihati para pembaca.
Bermula dengan novel pertama BAGAIKAN PUTERI, bagaimana relung masa saling bertembung antara abad ke-15 dan abad ke-21. Pertembungan masa silam dan masa hadapan membawa kisah Haryani yang wujud di abad ke 21 terlontar hidupnya semasa dia berada dalam koma di sebuah hospital telah membawa dia bertemu dengan Saifuddin Jalis atau lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan. Kemudian kisahnya berlanjutan dengan membuka pintu hati Saifuddin kepada cinta dihati, CINTA SANG RATU kesinambungan kisahnya ditulis. Namun sebagai lelaki yang bertakwa dan melebihkan cintanya pada Tuhan, niat untuk menyelamatkan hidup seorang wanita yang dikenali sebagai Ratu Sulaman dari Pulau Utara, anak asuhan kepada Maharani, berakhir apabila Laksamana Sunan berjaya mengetuk pintu hati Ratu Sulaman untuk meninggalkan kehidupan gelapnya dengan kalimah Syahadah yang terzahir dari hati dan bibirnya. Dengan penuh kesyukuran Laksamana Sunan akhirnya menikahi Ratu Sulaman untuk membimbingnya menjadi seorang wanita muslimah yang sejati kemudian namanya di tukar menjadi Ratna, cinta hati Laksamana Sunan.
Begitulah kisahnya berlanjutan hinggalah perjalanan pahit maung, suka dan dukanya dalam membanteras kejahatan dan kekufuran dibawa dan ditulis dengan jalan cerita yang lebih suspen penuh dengan dakwah keagungan islam. Watak-watak lagenda dan sejarah seperti Hang Tuah, Alfonso De Alburquerque, peristiwa di Aceh seperti Tsunami digabungkan menjadikan Laksamana Sunan lebih ditakuti musuh-musuh islam, disegani dan juga disayangi. HIJAB SANG PENCINTA, CINTA SUFI, SUTERA BIDADARI melakarkan perjuangan seorang lelaki yang tabah, bertaqwa, bertawakal dan sentiasa mensyukuri anugerah tuhan kepada dirinya.
Namun segala yang bermula pasti akan berakhir. Apabila usia beransur beranjak, perlu ada penamat dan juga pelapisnya. Laksamana Sunan hidup bahagia disamping isteri dan anak tercintanya. Ciri-ciri hidupnya bakal diwarisi oleh anaknya Andika. Dengan asuhan dan didikan agama untuk menjadikan anaknya sentiasa bersiaga dan bersedia, Laksamana Sunan mempersiapkan Andika dengan ilmu agama yang tinggi dan ilmu kepahlawanan agar Andika bisa menghadapi segala ancaman dengan tenang setelah pemergiaannya nanti. Laksamana Sunan sentiasa berbangga dengan Andika dan kerana itu Laksamana Sunan menggelarkan anaknya SUNAN MUSAFIR!
Isnin, 18 Jun 2012
My Name Is ANGRY BIRD!
Dia duduk berpeluk tubuh, wajahnya nampak tegang dan merona merah. Bukan merona merah kerana malu tapi kerana menahan rasa marah. Dipandang tajam wajah temannya yang menyebabkan dia menahan rasa sedemikian.
" Jia, aku minta maaf ok, aku tak tahu pun perkara macam ini terjadi!" Temannya yang dipandangnya tajam itu akhirnya bersuara. Tingkah temannya itu tidak tentu arah mungkin kerana renungan tajam yang dihadiah padanya.
"Aku tak suka kau buat macam ni, kau ingat aku ni terdesak sangat ke?!" Kemarahannya terluah namun tiada rasa lega yang terasa dihatinya. Semuanya bercampur baur di saat ini.
"Maafkan aku Jia". Meen tertunduk sayu. Bibirnya tergetar sedikit menahan sesuatu yang bersarang dilubuk hatinya.
" Aku nak tanya kau, macam mana kau boleh kenal orang tu?" Tanyanya lagi pada Meen.
" Errr...kenal kat Facebook". Jawab Meen tanpa memandangnya.
" Kawan kau atau kawan kau punya kawan atau kau sendiri tak kenal mamat tu?" Soalnya lagi pada Meen. Jasmeen yang tertunduk mengangkat wajahnya. Kelihatan ada raut serba salah yang terpamer.
" Errrr...kawan punya kawan kat Facebook, dia tengah mencari seseorang masa tu". Jawab Jasmeen.
" Owhh..sebab itu lah kau berani tanpa bertanya pada aku ya?" Masih ada nada marahnya pada Jasmeen.
" Ermm.." Hanya itu yang mampu dijawab oleh Jasmeen.
" Huh!!" Arjiana mengeluh keras. Dia meneguk minuman " Ice Blended Chocolate" yang dipesannya tadi. Dia memandang Jasmeen yang masih lagi dengan tingkahnya menundukkan wajah sambil menguis-guis hujung tali beg sandangnya.
" Lain kali jangan buat lagi! kau tahu bukan aku tak suka cara begini?!" Dia mengetuk meja, geramnya masih bersisa. Jasmeen yang tertunduk cepat-cepat mengangguk akibat terkejut.
"Okay, aku janji lain kali aku tanya kau dulu ya".
" Tak payah dan tak ada lain kali, aku tak nak!" Putusnya. Memang dia tidak suka Jasmeen memadankannya dengan mana-mana lelaki. Walaupun Jasmeen teman serumahnya tapi banyak yang Jasmeen tidak tahu mengenai dirinya. Entah kenapa bukan semua dia perlu ceritakan pada Jasmeen. Bukan dia tidak percaya pada Jasmeen sebagai temannya tapi baginya setiap diri seseorang ada rahsia yang tidak patut dikongsi oleh orang lain.
Mereka melayan rasa hati tanpa sepatah kata antara mereka. Jasmeen sibuk dengan iPadnya, dia pula cuba membaca majalah Solusi yang dibelinya dikedai buku yang penuh "sejarahnya" tadi. Namun minda dan hatinya menerawang mengimbas sesuatu yang telah terjadi. Pipinya kembung, wajahnya kembali merona merah. Dipandangnya Jasmeen, temannya itu seakan mengulum senyum melayan ipadnya tapi dia tahu Jasmeen menyimpan sesuatu.
" Ehem ! "... Dia menghulurkan tangannya pada Jasmeen. Jasmeen terkejut dengan tingkahnya yang tiba-tiba itu. Namun disambut juga oleh Jasmeen dan mengenggam erat tangannya.
" Ermmm... my name is Angry Bird !" Jasmeen memandangnya lalu terlepaslah ketawa yang sememangnya ditahan dari tadi.Ketawa mereka mengundang perhatian orang lain yang duduk berdekatan dengan mereka berdua. Dia menggeleng kepalanya mengingati kejadian tadi. Kalau boleh dia nak gelak masa tu juga tapi akibat marah dan terkejut dengan tindakan Jasmeen, dia berusaha sedaya upaya untuk menahan dan menyembunyikan rasa geli hatinya pada perkenalannya dengan mamat berwajah manis, rambut pacak ala-ala Naruto namun memperkenalkan dirinya sebagai si "Angry Bird"!. Selepas kejadian itu, menjadi satu "trademark" mereka memperkenalkan diri mereka kepada sesiapa saja yang bertanya nama mereka. Pasti mereka akan berkata " Hai, my name is Angry Bird!".
Entahlah kenapa orang sekarang suka sangat menggunakan nama-nama ganjil untuk setiap akaun laman sosial mereka. Kalau kata mereka tidak ingin dikenali tapi boleh pula upload dan publish gambar-gambar dengan pelbagai aksi di Faceebook danTwitter. Namun bila ditanya nama sebenar seolah-olah keberatan untuk memberitahu yang sebenarnya. Mereka berbangga memperkenalkan diri dengan nama watak animasi yang mereka minati. Sebagaimana yang berlaku di Jepun, remaja-remaja mereka menukar karater menjadi watak animasi kesukaan mereka. Tanpa ada perasaan segan silu mereka membawa keluar watak animasi dari fantasi ke alam realiti.Mereka menggayakan watak-watak itu dari hujung rambut hingga hujung kaki. Dan dia amat tidak menyangka apa yang berlaku di negara Jepun itu membawa perkenalannya dan berjumpa dengan si "Angry Bird"... persoalannya, kenapa Burung Itu Marah???!
Semoga tersenyum! Jumpa lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)





