Jumaat, 20 Januari 2012

Jumpa "Dia" lagi.

Jumaat.. 11.19mlm...

Hari ini aku mengambil half day untuk urusan bank. Hari yang tidak ku jangka aku bertemu dengannya. Memang aku gembira dengan pertemuan ini, namun dalam masa yang sama aku sedih sebenarnya. Apakah tuhan mendengar doaku selama ini? Betapa hatiku ini terlalu menyayanginya.

Dipertemuan ini, dia menghampiriku dengan senyumannya. Terbayang sinar matanya bahawa dia juga gembira dengan pertemuan singkat ini. Tiada parking sebenarnya. Aku yang sudah kelewatan untuk berurusan terpaksa berpusing banyak kali mencari jika ada petak kosong. Namun hampa! dan kebetulan aku berrhampiran dengan tempat kerjanya. Kami saling bersms dan akhirnya membawa pertemuan singkat ini.

Ya Tuhan! betapa ku rindu dengan belaiannya, betapa aku rindu gelak tawanya dan betapa aku rindu "marah" sayangnya padaku.Aku membawa hatiku kemana saja kaki melangkah selepas pertemuan itu. Setiap langkahku tidak pernah putus aku mengingati dirinya dan terus berdoa pada Allah semoga ada peluang untuk kami berdua.

Hujan! sekali lagi aku hentikan tulisanku untuk hari ini. Sambung esok. SELAMAT MALAM SAYANG!

Rabu, 18 Januari 2012

ŖİņĐù Đĭ ĤāŤĭ

10.20mlm...


Selepas rutin harianku balik dari kerja, aku berada dalam bilikku seperti biasa dengan laptop, buku sambil mendengar lagu Whitney Houston penyanyi kegemaranku. Sebenarnya aku punya banyak idea untuk meneruskan karya penulisanku yang selama ini kutinggalkan. Namun ada sesuatu yang tidak kena. Dan buat sekian kalinya, karyaku masih tergantung tanpa sebarang penamat.


Arrggh! hatiku ini! terlalu payah sekali untuk menafikan apa yang kurasakan selama ini. Pelbagai cara untuk aku mengubati hatiku namun aku masih begini. Terlalu setiakah aku? walau pada hakikatnya aku terlalu terluka, sakit dan merana. Penderitaan yang kutanggung selama bertahun-tahun seolah-olah aku sanggup lupakan kerana hatiku yang masih sayang padanya! Bodohkah aku? Ya tuhan, kenapa hatiku terlalu keras untuk melepaskan dia pergi?

Huh! sekali lagi aku terpaksa "hentikan" bicara hatiku malam ni.. Selamat Malam.. esok sambung lagi..


Selasa, 17 Januari 2012

Selamat Datang ²º¹²♥♥.

Berlalu sudah tahun 2011, sudah masuk 18 hari tahun 2012 menjadi kalendar dunia. Ya Allah! cepat benar masa berlalu dan AKU? aku masih begini, masih seperti dulu. Selama ini aku terlalu banyak menempuh saat duka, mengharungi fasa yang getir. Suka atau tidak itulah yang aku terpaksa hadapi. Ya, kalau hitung yang manisnya amat kurang jika dibanding yang sakit dan duka yang kuterima. Namun aku terima semuanya dan adakala aku mencabar diriku sendiri untuk tetap berdiri sekuat tenaga dan setabah mungkin.

Adakala juga aku merindui masa laluku, merindui dia dan merindui saat manisku. Segalanya masih teguh terpahat dalam ingatan. Argh! mana mungkin aku melupakan semua yang pernah terjadi dalam hidupku. Tapi itulah ganjaran yang harus aku terima atas kealpaanku sendiri.

Banyak yang aku ingin kongsikan.. arggh! nantilah aku sambung semula. Terganggu jiwa ku waktu ini. apa pun dengarlah lagu dari Whitney Houston ini I LOOK TO YOU! my favourite singer. Nice Song. Selamat Malam!