Ahad, 19 Jun 2011

Kisah ayahanda tercintaku Japri Bin Ahmad.

19hb June, hari ini semua mengucapkan "selamat hari bapa" kepada bapa, abah, daddy, papa, walid, babah dan apa saja panggilan yang mereka berikan untuk seorang insan yang telah memberikan kehidupan pada keluarga.

Dan aku hanya mampu memberikan doa-doa sebagai anak untuk kesejahteraannya disana. Hampir 10 tahun bapa tinggalkan kami, namun kasih sayangnya masih terasa. kata-katanya, tingkahnya, senyumannya, gerak dan gerinya sentiasa ada dimata ini. Walaupun bapa tidak memberikan kemewahan dari segi harta namun bapa memiliki kami yang seramai 11 orang sebagai harta dunia dan akhiratnya. Bapa bukanlah seorang yang tegas kepada anak-anaknya. Kekadang kulihat bapa lebih banyak mengalah kepada anak-anak. Dia cuba penuhi semua kemahuan anak-anaknya bila dia berkemampuan untuk melakukannya. Bertugas sebagai jururawat lelaki di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan dan begitu komitmen terhadap kerjanya sehinggakan dia disenangi oleh rakan-rakan sekerja dan juga ada diantara pesakit yang dirawatnya. Dan masih kuingat lagi, setiap kali aku ataupun kakak mahupun abang-abangku pergi kehospital samada untuk dapatkan rawatan ataupun berjumpa dengan arwah bapa, pasti orang akan bertanya, " kau ni anak si Japri kan?". Rasanya orang diHospital sudah kenal dengan kami ini.

Tertawa juga mengingati kisah arwah bapa ini, dia suka bercerita pada kami waktu dia muda-muda dahulu dan cerita tempat kerjanya. Dulu bapa seorang guru sebelum bertugas di Hospital. Guru sementara yang mengajar disebuah sekolah dan hampir-hampir masuk maktab perguruan. Tetapi memandangkan waktu itu dia sudah "jatuh cinta" pada arwah mak dan takut berpisah, bapa mengambil keputusan untuk berkahwin dengan arwah mak dan mula bekerja dihospital. Arwah mak sangat bertuah memiliki arwah bapa sebagai suami (sudut pandanganku sebagai anak), kerana bapa seorang yang sangat tabah,penyabar, penyayang dan baik hati. Begitu juga dengan arwah mak yang bertuah memiliki dan amat disayangi oleh arwah bapa kerana arwah mak yang cantik, berkulit putih dan mempunyai tahi lalat di bawah bibir. Sebab itulah arwah mak digelar LATIFAH OMAR kerana mempunyai tahi lalat dibawah bibir. Mereka berdua memang susah nak dipisahkan kerana dimana ada bapa disitu ada mak, dimana ada mak pasti bapa akan tetap ada disisi mak.

Bapa ada sakit jantung. Bertahun bapa menanggungnya namun bapa tetap senyum! wajahnya tetap ceria. Gerak gerinya tetap tangkas. Bapa tidak suka duduk diam, pasti ada saja yang dibuatnya untuk mengisi masanya. Selepas bapa berpencen, aktiviti bapa lebih banyak terarah kepada amal kebajikan dan beribadah. Dan selepas beberapa tahun tinggal diTaman Mawar akhirnya sebuah Masjid terbina atas usaha dan kerjasama semua penduduk Islam Taman Mawar waktu itu dan bapa adalah salah seorang AJK dalam pembinaan. Masih kuingat lagi, aku baru melahirkan anak sulungku, Muhd Hafiz Ashyraf, bapa bersama suamiku ( ketika itu masih suami lagi..hehe) sibuk mencari penaja, mencari penduduk Islam yang tinggal diTaman Mawar untuk sama-sama bergotong royong membangunkan masjid untuk kemudahan penduduk Taman Mawar. Dalam keadaan jantung bapa yang kekadang tidak stabil, namun itu bukan penghalang bagi bapa mengikuti aktiviti yang dilakukan di masjid. Alhamdulillah, semoga segala kebaikan yang bapa berikan dengan penuh keikhlasan itu akan dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T. amin!

Sakit jantung bapa bertambah teruk. Seringkali ulangalik ke hospital, selalu dimasukkan kedalam wad. Dan kami adik beradik berkampung diluar Hospital. Arwah mak lah teman setia bapa, menjaga bapa, menjaga makan dan minum semasa bapa dihospital, malah arwah mak tidur dihospital. Sentiasa setia dan taat pada bapa. Pada tanggal 25hb Mei 2001, bapa menyambut harijadinya yang ke-60 diprivate wad hospital. Kami adik beradik dan cucu-cucunya ada disisinya. Mak tersenyum dan bapa lagilah tersenyum kerana sama-sama menyambut harijadinya bersama cucunya hyerule. Keadaan bapa selepas itu semakin hari semakin bertambah teruk. Jantungnya benar-benar banyak masalah. Aku menangis melihat bapa yang begitu teruk menahan kesakitannya. Dan pada suatu malam, semasa aku tidur dirumah bapa dan mak, aku terbangun mendengar suara bapa mengerang kesakitan dari sebelah bilik. Aku bangun dan masuk kebilik bapa dan kulihat mak sedang mengurut dada bapa yang sedang duduk dalam keadaan yang susah bernafas. Dan lewat jam 1.30 pagi aku menelefon kakakku yang sulung dan abangku arwah Rusli dan membawa bapa masuk wad malam tu jugak.

Begitulah bapa yang seringkali keluar masuk wad, dan petang hari selasa 14hb Ogos 2001, aku menziarahi  bapa dihospital dimana bapa ditempatkan di private wad tingkat dua. Pintu bilik ku buka dan kulihat ada abangku Haslan dan kakakku armah bersama suaminya dibilik bapa. Bapa pula duduk atas katil sambil tersenyum melihat kedatanganku dan wajahnya sungguh ceria sekali sambil berkata padaku "Jah, naaa banyak hadiah (barang) bapa orang bagi ".. dan kutanya " siapa yang bagi tu pak, siapa yang datang".. bapa menjawab " ada tadi kawan-kawan bapa datang, tu nanti kau bawa pulanglah tu kek, anggur kasi budak-budak".. dan kukata " ermm biarlah dulu".. kemudian bapa menceritakan tentang kisah lucu abangku Haslan dan kisah orang gila yang ditempatkan diwad atas untuk menerima rawatan dihospital itu. Kami semua ketawa. Dan aku bertanya pada bapa " pak, ada sudah keputusan doktor tentang kes tulang sum-sum yang diambil hari itu?" kulihat bapa mengambil tuala kecilnya dan mengesat airmatanya, " sudah ada tengahhari tadi keputusannya dari KL, bapa disahkan ada Leukimia, naa kau tgklah bapa ni macam2 penyakit sudah, sakit jantung, leukimia, darah tinggi".. itulah kata bapa. Dan aku sebagai anak menerima semua itu dengan hatinya amat sedih. Ku katakan pada bapa " sabarlah pak, bukan kita mau semua sakit ni, tapi ujian tuhan pak, bapa berubat saja ya" sambil ku memeluk bapa dan diperhatikan oleh abangku Haslan, suamiku (bekas suami), abang ipar dan kakakku Armah. Tiba-tiba bapa mengatakan dia mahu membersihkan diri kerana sementara dia menunggu mak datang membawa bubur nasi yang dia mahu dan minta ambilkan kain dan bajunya dalam almari. Ku bantu bapa turun dari katil, abangku Haslan mengambil baju dan kain bapa. Ku pimpin bapa ke kamar mandi dan menawarkan agar abangku Haslan yang membersihkan dirinya, Namun bapa tidak mahu dan ingin sendiri. Kupesan pada bapa agar berhati-hati kerana risau akan kesihatannya yang belum stabil lagi. Sebelumku menutup pintu, satu perasaanku yang sangat lain melihat bapa merenungku seolah-olah itulah kali terakhir dia melihatku dan aku melihatnya, dia tersenyum dan matanya langsung tidak berkelip melihatku hinggalah pintu kututup.

Hanya 5 minit, 5 minit bapa berada didalam.. bapa jatuh! Ya Allah, betapa kuatnya jeritanku diHospital ketika itu sambil menekan bell untuk memanggil petugas yang berada diluar wad , betapa risaunya aku melihat keadaan bapa! abangku Haslan, suamiku dan seorang jururawat lelaki membawa bapa semula kekatil. Keadaan bapa nazak, kupeluk bapa, kupanggil bapa namun bapa tetap tidak sedarkan diri, kusentuh kedua-dua tapak kaki bapa dan menggosoknya Ya Allah! beransur sejuk! . Ku gagahi diri menelefon kakakku untuk menyuruh mak datang dengan mengatakan bapa tidak sedarkan diri, kulihat kebawah sambil mendail nombor kakakku Hasliah, keretanya ada dibawah. Suasana menjadi tegang! setiap nurse yang datang dan mengenali bapa, semuanya menangis, jururawat lelaki juga ramai membantu. Doktor juga sedang berusaha. Dan hampir sejam usaha menyelamatkan bapa, akhirnya doktor mengesahkan bapa meninggal dunia! Mak terduduk tanpa airmata, aku memeluk bapa  rasa tidak dapat menerima ketika itu kerana baru saja aku berbual dan ketawa bersama bapa! hanya beberapa minit yang lalu aku bersama bapa!..
Esoknya bapa dikebumikan selepas sembahyang Zohor diTanah Perkuburan Sim-Sim. Kakakku Haslitah bertambah sedih kerana hari itu adalah harijadinya. Dan dia menerima harijadinya bersama pemergiaan bapa. Abangku Haslin yang tugas diTawau, dipanggil pulang dan sempat sampai awal pagi kerana pemandu yang membawa abangku dari Kalabakan adalah saudara sebelah bapa juga. Lebih menyedihkan adikku lelaki yang bertugas sebagai Navy di Lumut, Perak dipanggil pulang namun penerbangan yang lambat menyebabkan dia terlambat sampai dan hanya sampai ditanah perkuburan setelah selesai pengebumian. Hanya tangisan dan doa serta bacaan yassin yang mampu adikku berikan sebagai penghormatan terakhir kerana tidak sempat berjumpa dengan bapa buat kali yang terakhir!

10 tahun berlalu, namun segala kenangan bersama bapa tetap bersemadi. Mungkin orang akan mengatakan aku berlebihan mengingati peristiwa ini. Namun bagiku inilah ingatan yang kubawa terhadap kedua orang tuaku. Semoga roh ayahanda tercintaku Japri Bin Ahmad, Bonda tercintaku Saimah Hj Indarawan dan Abang tersayangku Rusli Japri sentiasa dirahmati, diberkati dan dimuliakan disisi Allah S.W.T.. amin ! Al-fatihah!...

hanya ingin berkongsi kisah ini bersama anda! Selamat Hari Bapa kepada semua. Semoga diberikan kesihatan yang baik selalu.

Leeza Japri,
jam 3.08am

Selasa, 14 Jun 2011

CERPEN : Kasih Al-Hambra


Nur Zarith Sofia memerhatikan bunga segar yang menghiasi meja kerjanya. Cantik dan segar. Zarith yang sememangnya amat meminati bunga-bungaan tersenyum ceria.
" Kak Pah, sapa yang letak bunga ni?" tanya Zarith pada kak Latipah. Kak Latipah yang menyusun fail-fail atas mejanya menoleh ke arah meja Zarith.
"Eh! aku tak perasanlah pulak sapa yang hantar, ni mesti kau punya secret admirelah ni Zarith.." Kata Kak Latipah sambil tersenyum.
"Hish! kak pah ni, secret admire konon!..erm takpelah orang dah bagi, sapa-sapa pun aku okey je.."..sambil mencium bunga Carnation yang berbalut indah itu. Namun tiada pula kad pengirim yang terselit. Dan Zarith tidak pula bertanya-tanya siapa gerangan yang memberikannya bunga yang cantik itu. Zarith hanya tertarik pada jambangan bunga itu tanpa langsung terusik hatinya untuk mengetahui siapa sebenar pengirimnya.
" hei zarith ! bukan main khayal kau dengan bunga carnation tu ya, ni mesti ada yang tertarik dengan kau tu, sapa orangnya? si Raju ka?"..Sampuk Malik sambil ketawa-ketawa senang hati dapat mengusik Zarith pagi ni. Terbayangnya Raju security guard yang suka menegur Zarith dengan pandangan matanya yang semacam.
" Ya ampun Malik, kau ni pilihlah yang bagus sikit macam Aaron Aziz ka? Rosyam Noor ka? ini Raju yang kau sebut, aduhai nampaknya aku kena puasalah hari ini.. selera makan aku dah hilang!".. Sahut Zarith sambil ketawa. Tersembur gelak mereka bertiga. Latipah, Malik dan Zarith memang kawan baik. Susah senang merekalah bertiga.
" Zarith tolong bawa dokumen R&K Interprise tu masuk!"..Tiba-tiba Tuan Haji Ahmad Izzri melangkah masuk sambil membaca SMS di telefon bimbitnya. Wajahnya serius tidak seperti yang selalu. Tersentak mereka bertiga! apalagi mereka yang tengah bergelak ketawa tadi semuanya terus duduk  dimeja masing-masing. Zarith yang memang sedia maklum terus mendapatkan dokumen yang diminta dan masuk kedalam bilik Tuan Haji Ahmad Izzri.
"Assalammualaikum Tuan Haji, ini dokumen yang Tuan haji minta.." Zarith sebagai secretary kepada Tuan Haji Ahmad Izzri sentiasa memberikan komitmennya kerana Tuan Haji pernah berkata, Zarith seorang pekerja yang cekap dalam tugas.
" walaikummusalam, letak atas situ, oh ya ! zarith..petang nanti awak ikut saya ke Hotel Marriot, Mr.Wong dan Datuk Mukhriz adakan perbincangan disana sambil minum petang..boleh?" Tanya Tuan Haji Ahmad Izzri.
" Baiklah Tuan Haji, ada apa-apa yang perlu saya sediakan?" Soal Zarith, namun dalam hatinya berkata-kata "emm nampaknya lewatlah aku balik hari ni!"..
"Tak ada apa, saya nak awak minitkan setiap perbincangan kita nanti.."
"Okay, ada apa-apa lagi Tuan Haji?" Zarith bertanya lagi.
" My coffee please.." Akhirnya Tuan Haji Ahmad Izzri tersenyum memandang Zarith. Majikan Zarith ini seorang yang peramah dan baik hati. Namun ada masa-masa yang tertentu mood Tuan Haji Ahmad Izzri berubah mendadak. Dan hanya satu sebab yang menjadikan Tuan Haji Ahmad Izzri menjadi begitu, Isteri keduanya! Puan Marina.Dan hanya Zarith Sofia seorang saja yang tahu!

*******************************************************************************************************

Di beranda rumah, Zarith asyik dengan laptopnya sedang menanti sesuatu. Saban malam dia menanti balasan dari ruang sembang YM. Dia melihat nama yang tertera disitu dan belum menampakkan seseorang disana online. Rasanya sudah dua minggu Zarith tidak mendapat khabar dari "Al-hambra".
"kemana pula dia ni menghilang?" omel Zarith sendirian. Dia mengakui sungguh selesa berbicara dengan pemilik nama "Al-hambra" itu. Zarith mengenali pemilik nama "Al-hambra" dua bulan yang lalu dimana Zarith terbaca komen pemilik nama itu didalam satu forum dalam blog teman baik Zarith, Tinta Dari Andalusia milik Hakimi. Tiba-tiba Zarith tersenyum lebar melihat nama " Al-hambra" berwarna hitam menandakan pemilik nama itu sedang online.

Al-hambra: "Assalammualaikum Zarith"
Zarith : " Walaikummusalam Al-hambra, lama tak nampak awk online?"
Al-hambra: " kenapa? awk rindu saya ke?"
Zarith : " rindu?ermm entahlah!".. Zarith tersenyum dan berdalih tentang hatinya yang mula terusik.
Al-hambra: " emm betullah awk tak rindu saya?" .. Saat ini Zarith seperti dibuai rasa. Dia tersenyum lagi sambil lancar membalas kata-kata "Al-hambra"
Zarith : " adalah sikit!"
Al-hambra: " Tapi saya rindu awak terlalu banyak!"..Zarith ketawa, ketawa yang hanya Zarith sendiri dengari. Ada bahagia menyaluti hatinya malam ini.
Zarith : " kenapa awk boleh rindu saya? kita belum pernah berjumpa lagilah"
Al-hambra: " memang, tapi saya sentiasa "melihat" awak!"..Zarith tersentak! "Eh! biar betul ni, dia pernah tengok aku ke?"..Zarith bersoal jawab dalam hati. Dahinya berkerut-kerut memikirkan sesuatu mengenai "Al-hambra"
Zarith : " dimana awak sekrg?"
Al-hambra: " ada dihatimu!"
Zarith : " laaa orang tanya seriuslah!"
Al-hambra: " hahaha, janganlah merajuk, saya ada kat rumah sekrg"
Zarith :" boleh saya tanya sesuatu tak"
Al-hambra: " Tanya saja, insyaallah saya jawab"
Zarith menimbang-nimbang ingin mengajukan soalan. Keinginan dihatinya untuk menanyakan sesuatu itu bagaikan terasa segan. "ah! tanya sekrg, nanti esok-esok dia menghilang lagi!" bisik hatinya.
Al-hambra: " Zarith? are you still there?"
Zarith : " ermm ya, boleh tak saya tahu nama awak sebenarnya?" Akhirnya Zarith menyuarakan juga.
Al-hambra: " sure, but not tonight"
Zarith : " but why? apa salahnya kalau awak bagitahu sekarang?"
Al-hambra:" I will, sabarlah. Okaylah got to go, saya ada hal esok pagi, nanti kita sembang lagi. bye, assalammualaikum!".. Belum sempat Zarith membalas, "Al-hambra" sudah Offline.
" Ya Tuhan! apa pasallah dgn dia ni, hish!"..Terkilan rasa hati Zarith. Selama dua minggu dia menunggu "Al-hambra" bersembang diruang YM tapi tidak sampai setengah jam, "Al-hambra" hilang lagi! Dan baru Zarith ingin log out dari YM, tiba-tiba "Al-hambra" online semula. Zarith tidak jadi meneruskan niatnya dan menanti "Al-hambra" memulakan bicara seperti tadi.

Al-hambra: " Zarith?"
Zarith : " ermm"..
Al-hambra: " maaf pasal tadi, awak marah?"
Zarith : "Taklah, cuma terkilan! kenapa awak online balik? kata nak tidur?".. jujur Zarith menyatakan perasaannya tadi.
Al-hambra:" Zarith, boleh tak saya minta nombor handphone awak?".. Buntang mata Zarith membaca permintaan "Al-hambra" itu. Bukan apa, dia rasa ragu-ragu nak memberikan nombor telefon pada orang yang tidak dikenalinya. Zarith berfikir. Dan "Al-hambra" seperti dapat membaca reaksi dan fikiran Zarith tika ini.
Al-hambra: " awak takut nak beri ke? jgn risau, insyaallah saya tak akan ganggu hidup awak dgn perkara yang tidak baik.. saya cuma nak dengar suara awak je"..Jelas "Al-hambra".
Zarith : " okay, asalkan awak jujur!"
Al-hambra:" Insyaallah, saya jujur dan ikhlas pada awak Zarith.."
Akhirnya, Zarith memberikan nombor telefonnya kepada '"Al-hambra". Selesai mereka bersembang di YM kali ini "Al-hambra" ingin menamatkan perbualan mereka di YM.
Al-hambra:" okaylah zarith, saya mengantuk dah ni, Insyaallah ada masa nanti saya call awak. awak jaga diri dan selamat malam!"
Zarith : " yelah, awak tidur baik-baik ye..assalammualaikum, selamat malam!".. Mereka menamatkan perbualan. Zarith tersenyum dan sudah pasti pemilik nama "Al-hambra" juga tersenyum!


********************************************************************************************************

Warung Kak Jiah sesak dengan pelanggan, Zarith melilau mencari Hakimi. Pagi tadi Hakimi menghantar SMS kepada Zarith menyatakan ingin berjumpa dan sarapan bersama dengannya. Dihujung meja dari tempat Zarith berdiri, Hakimi melambai-lambaikan tangannya kearah Zarith.
" Hei kimi ! apa mimpi kau nak breakfast dengan aku ni, agak lama jugalah kita tak jumpa kan?" Tanya Zarith sebaik saja duduk berhadapan dengan Hakimi. Teh O panas dan nasi lemak ikan bilis sudah sedia dihadapan Zarith.
"Takdalah, aku saja nak cari mangsa pagi-pagi temankan aku breakfast, tu! aku dah order sarapan kebiasaan kau, makanlah.." Kata Hakimi sambil tersenyum melihat Zarith teman lamanya semasa sama-sama belajar di UiTM dulu.
" Eleh! banyaklah kau punya mangsa! tapi ok juga save la budget aku pagi ni!".. Mereka berdua tertawa. Sambil makan mereka berbual tentang perkembangan diri masing-masing dan juga pekerjaan. Hakimi adalah seorang arkitek disalah sebuah Syarikat Swasta, walaupun dilahirkan didalam keluarga yang berada dan menjadi anak kepada Tan Sri Muazir Abdullah, Sikap rendah diri dan peramah Hakimi disenangi semua orang termasuk Zarith. Malah Zarith pernah kerumah mewah keluarga Hakimi bersama dengan teman-teman kuliah masa mereka belajar dulu.
"Kimi, blog kau bestlah, kali terakhir aku baca tentang pengisahan kau tentang Islam terawal di Andalusia minggu lepas. Itu pun bersirikan? bila nak update?"..tanya Zarith.
"Emm tulah, sejak seminggu ni aku sibuk betullah dengan kerja aku, sampai rumah dah malam, letih!.. nantilah ada masa aku akan update cerita tu..kenapa kau mcm berminat je?" senyum-senyum Hakimi memandang Zarith.
" Berminatlah, lebih-lebih lagi kau ceritakan tentang tempat-tempat menarik, terasa nak pergi dan tengok dengan mata aku sendiri, baru puas hati.!" Zarith cuba membayangkan tempat-tempat yang dinyatakan Hakimi didalam blognya itu.
" Eh! bulan depan aku nak ke Madrid bersama misya adik aku, kebetulan sepupu aku pun pergi sama, so amacam kalau kau ikut sekali, pasal tempat tinggal no problem, kau ikut jelah mana kami nak tidur, tiket kau belilah!" Idea Hakimi itu membuatkan hati Zarith menjadi girang. Dia yang sememangnya ingin melancong ke Sepanyol selama ini akhirnya mendapat peluang untuk pergi ketempat-tempat yang menarik.
" betul ke kimi? eh bestlah! mestilah aku nak ikut, terima kasih pasal penginapan dan sampai office nanti aku nak booked tiket! tak sabar aku! "..melonjak keriangan Zarith.
" okay, tempah cepat kita bertolak pada hari isnin tarikh 14hb bulan depan selama seminggu!".. Hakimi menerangkan pada Zarith tarikh perjalanan mereka nanti.
"OK! set! thank you kimi, kirim salam pada misya, dan eh! sapa sepupu kau tu?" Tanya Zarith.
" Eh! oklah dah dekat nak masuk kerja dah ni, ok, Zarith nanti apa-apa hal i'll call you, and about my cousin, nantilah kau akan jumpa juga! bye!". Sebelum Hakimi beredar sempat lagi dia mencuit hidung mancung Zarith. Usikan yang selalu dibuat Hakimi bila berjumpa dengan Zarith.

Sampai sahaja dipejabat, bunga carnation sudah menanti atas meja Zarith. Kali ini Zarith benar-benar ingin tahu siapa yang rajin menghantar bunga padanya setiap hari.Dia mencari Kak Pah, kelibat kak Latipah tidak kelihatan, dia mencari Malik, pun belum muncul juga. Lalu dia bertanya pada Nelly, Reception and Tea lady pejabat mereka.
" Nell, awak nampak tak siapa-siapa yang hantar bunga kat atas meja saya?" Tanya Zarith pada Nelly.
" ooohh bunga tu, tadi ada seorang lelaki hantar bunga tu katanya bunga untuk Cik Zarith, sayalah yang letak kat atas meja Cik Zarith.." Terang Nelly.
" jadi selama ini, awak yang terima dan letak kat atas meja saya?" Soal Zarith pada Nelly.
" Ya Cik Zarith, errr...Cik Zarith tak suka ke?" Nelly berasa tidak sedap hati melihat Zarith yang merenungnya dari tadi.
"Eh! taklah, saya memang suka bunga tu, awak kenal tak lelaki tu dan ada awak tanya dia dari mana?"
" Takda pulak saya tanya, selama ini saya ingatkan dia teman Cik Zarith.. " Nelly menerangkan.
"Ermm takpalah Nelly, thanks..oh ya! nanti dalam pukul 10.30 pagi, awak sediakan minuman untuk empat orang ya, Tuan Haji ada mesyuarat dengan Seri jati Holdings, jangan lupa ya.." Zarith beredar sambil memikirkan siapa pengirim bunga itu. Telefon bimbit Zarith bergetar menandakan ada SMS masuk. Zarith membuka dan membaca.

Selamat pagi, cntk tak bunga yg atas meja awk?

Zarith terkejut! dan melihat nombor yang menghantar SMS padanya itu. Nombor yang tiada dalam senarainya.
"Eh! siapa pula ni? pengirim bunga tu ke?" Zarith bercakap sendirian.

siapa ni ye? awk yg hntr bunga tu ke setiap hari?

Zarith membalas SMS itu.

Ya sy yg hntr.

Zarith memikirkan siapa orang yang menghantar bunga padanya dan bagaimana orang ini tahu nombor telefonnya. Nelly! Zarith menelefon Nelly,
"Hello, Nell, orang yg hantar bunga tadi ada tak dia minta nombor handphone saya?" tanya Zarith.
"Takda pulak Cik Zarith. kenapa?" Soal Nelly kembali.
" Ermm takpalah, ok nell sorry kacau awak.."
" Takpa Cik Zarith, ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu Cik Zarith?" Nelly bertanya.
" Takda..thanks nell..".. Zarith kemudiannya membalas SMS itu lagi.

mcm mn awk tahu no.hp sy? dan sapa awk sbnrnya?

Seminit, dua minit dan akhirnya setengah jam berlalu, SMS pertanyaan Zarith tidak berbalas. Hati Zarith tidak keruan dan hatinya terbiar tanpa jawapan yang dia mahukan dari pengirim bunga itu.


*******************************************************************************************************

Setelah selesai mengemaskan pakaian dan barang-barang keperluan yang lain, Zarith membuka laptopnya. Seperti biasa dia akan online dan mengharapkan "Al-hambra" muncul malam ini. Detik demi detik berlalu, yang dinanti belum juga muncul. Zarith kemudiannya membuka blog Hakimi, terpampang diskrin laptopnya Tinta Dari Andalusia. Dia membaca komen-komen daripada pengikut di blog Hakimi. Zarith melihat ada nama "Al-hambra" terpampang diruang CBOX. Zarith melihat last posting "Al-hambra",
" hari ini, jam 8.15 malam, eh! setengah jam yang lalu!" Zarith membaca komen "Al-hambra" di blog Hakimi.

Al-hambra : Andalusia, tempat dimana akan kutemui apa yang kucari. Dan yang pasti 
                      aku ada bila "dia" datang dan senyum padaku..

Zarith melepaskan keluhan, nampaknya malam ini dia tidak akan dapat bersembang dengan "Al-hambra". Sebelum menutup laptopnya, sempat lagi Zarith mengirimkan offline messages di YM untuk "Al-hambra".

seminggu tidak ada di Malaysia. Jumpa lagi.


*******

Kota Granada, kami check in di Hostel El-Granado,berdekatan dengan Universiti Of Granada . Hakimi memberitahu bahawa esok pagi kami harus bertolak ke Cordova (dalam bahasa arab disebut Qurtubah). Misya yang merasakan keseronokan sejak kami sampai dibumi Andalusia ini begitu teruja sekali.
" Abang, transport dah ada ke?" tanya Misya pada Hakimi.
" Dah, Rayyan dah atur semuanya untuk kita disini, jangan risaulah!" Ujar Hakimi. Rayyan? siapa Rayyan? Zarith yang sedari tadi hanya berdiam kerana kepenatan berkata dalam hati.
" Kimi, siapa Rayyan?" Akhirnya Zarith bertanya. Misya menoleh ke arah Zarith dengan senyuman.
" Abg Rayyan tulah sepupu kami, dia dah tiga hari kat sini sebelum kita datang ni". ujar Misya.
"Jadi, sepupu korang yang tak ikut kita sekali tu, Rayyan?" Tanya Zarith lagi inginkan kepastian.
" Ya!"..serentak Misya dan Hakimi menjawab. Lantas dua beradik tu tertawa.
" Dah, tidurlah, esok pagi nak bangun awal ..sweetdream!" Hakimi keluar meninggalkan Misya dan Zarith.
"Misya, Rayyan tu buat apa kat sini? dia seorang saja ke?" Tanya Zarith lagi. Seolah-olah dia berminat ingin mengetahui siapa Rayyan.
" Kak Zarith, Rayyan tu pilot sebenarnya, memang dia nak pergi bersama-sama kita kesini, tapi dia terpaksa batalkan dan awal ke sini kerana selepas dia membawa pesawat ke London hari tu dia terus SMS abg Hakimi mengatakan dia terus terbang ke Sepanyol dan dia menunggu kita di Cordova." Terang Misya.
" Oh macam tu, takpelah esok kita nak ke sana, tapi apa yang ada di Cordova ya?" Zarith hanya mengetahui beberapa tempat saja yang menarik selebihnya dia mengharapkan Hakimi yang membawanya.
" Kita tengok saja esok kak, Misya pun tak berapa tahu tempat-tempat disini.Cuma yang Misya tahu ada sebuah Istana yang dinamakan Al-hambra.." Terkejut Zarith mendengar nama Al-hambra! jantungnya berdegup kencang. Dan dia terus mengingati pemilik nama 'Al-hambra" yang dikenalinya melalui blog Hakimi dan YM.
" Ermm yalah Misya, akak pun tak sabar pula nak tengok istana tu.." Zarith cuba melelapkan diri namun ingatannya kepada "Al-Hambra" begitu kuat sekali.Akhirnya Zarith terlelap juga.

*********

Mereka keluar awal pagi tu, selepas bersarapan dengan roti dan Teh O Granada yang sedap dan wangi, mereka bertiga meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju, AL-HAMBRA! Zarith, semakin dekat dengan Al-hambra debaran didadanya semakin kuat. Al-hambra sangat besar, entrance fee untuk masuk adalah sebanyak 10euro. Dari pintu utama Al-hambra,Puerta de Las Granadas/ Gate of Pomegranates, mereka berjalan sambil mengagumi keindahan yang menghiasi ruang setiap mata yang memandang.Sejarah mengatakan Al-hambra adalah sebuah masjid yang dibina oleh orang Islam pada zaman Bani Umayyah 800 tahun yang lalu.Keindahan dan kecantikan seni bina Islam yang masih jelas kelihatan membuatkan Zarith terpaku dan merasa tenang disini. Cuma sayangnya, Masjid yang cantik ini telah berubah menjadi sebuah Cathedral setelah tumpasnya kerajaan Islam ditangan Kristian. Dan semasa memasuki pintu Alhambra, mereka ditanya seorang lelaki tua, " Are you muslim?"
"Yes we are." Hakimi menjawab. Lelaki tua itu pun membalas: "I want to remind you that you are not allowed to pray here since you know that this is not a mosque. It had been transformed into a cathedral." Ulas lelaki tua itu.." Yes, we know, thank you" Hakimi membalas penerangan lelaki tua itu. Mereka pun meneruskan lawatan, meneroka dan mengambil gambar. Tiada siapa diantara mereka bertiga yang bersuara, masing-masing terpegun melihat kecantikan dan ketenangan sepanjang berada di Al-hambra.

"Assalammualaikum". Zarith terperanjat mendengar salam. Dia menoleh dan seorang lelaki berdiri betul-betul berhadapan dengannya. Dibelakangnya Hakimi dan Misya senyum-senyum melihatnya.
"Walaikummusalam". Jawab Zarith. Belum pernah dia melihat lelaki ini. Handsome! sempat lagi Zarith memuji lelaki itu dalam hatinya. Apa tidaknya dengan wajah putih bersih seperti orang Inggeris memang Zarith akan terpuji dalam diam.
" Zarith, ini aku kenalkan.. inilah Rayyan, sepupu aku", Hakimi bersuara. Rayyan menghulurkan tangan dan Zarith menyambut tangan itu. Sejuk dan terasa getaran dalam jiwa Zarith.
"Al-hambra." Kata Rayyan, sambil tersenyum..
" Ya, kita berada didalam Al-hambra, cantik bukan!"  Zarith cuba memulakan perbualan. Namun Rayyan tetap senyum.
" Zarith, sayalah Al-hambra.." Terang Rayyan. Kaku sebentar Zarith dengan pengakuan Rayyan. Al-Hambra! Rayyan adalah "Al-Hambra"? dia melihat Rayyan dan melihat Hakimi juga Misya. Rayyan senyum dan Hakimi menggangguk! Ya tuhan, Rayyan adalah "Al-Hambra" yang dikenalinya melalui alam maya, dan kini "Al-hambra" benar-benar ada didepan matanya sambil menguntum senyuman yang mengusik hati wanita Zarith!


Hakimi memberitahu selepas Zarith berbalas komen dengan "Al-hambra" didalam blognya tempohhari, Rayyan sering bertanya pada Hakimi tentang Zarith. Hakimilah yang memberitahu siapa Zarith sebenarnya, dimana Zarith bekerja dan Hakimi jugalah sebenarnya penghantar bunga yang dipesan oleh Rayyan! memandang tugas Rayyan sebagai pilot yang tidak tentu masa, maka itulah Rayyan jarang online di YM. Setelah memberikan penjelasan kepada Zarith, Hakimi dan Misya meninggalkan Zarith dan Rayyan berduaan. Rayyan membawa Zarith kesebuah taman dimana ada kolam dengan air pancutan yang dibina bagi mencantikkan suasana di Al-hambra. Mereka duduk saling berhadapan. Rayyan menatap wajah Zarith. Zarith yang merasa tidak tentu arah dipandang sebegitu memulakan bicara.
" Kenapa awak tak berterus terang masa saya tanya dalam YM hari tu?" Soal Zarith. Dipandangnya Rayyan. Benih rindu yang bertamu dihatinya sedikit sebanyak terubat dengan pertemuan yang tidak dijangka olehnya itu.
" sebab saya tak suka memberikan jawapan didalam itu, kerana saya yakin kita pasti akan bertemu akhirnya." Jawab Rayyan.
" saya pun tak sangka awak adalah sepupu kepada Hakimi, jadi awaklah yang SMS saya masa Hakimi hantar bunga pada saya? " Zarith bertanya lagi.
" Ya, awak tak ingat ke malam tu saya ada minta nombor telefon awak?"
" laaa, memang saya lupa! patutlah!".. Zarith ketawa mengenangkan kealpaannya tentang hal itu.
" Jadi, awak rindu saya ke?" Tiba-tiba Rayyan bertanya pada Zarith. Berdebar hati Zarith.
" Entahlah kalau saya kata ingat pada awak itu didefinisikan sebagai rindu." Zarith berdalih lagi. Dia senyum dalam hati, kerana sememangnya merindui Al-hambra atau Rayyan dan mengharapkan pertemuan ini terjadi. Namun takdir tuhan tiada siapa dapat menyangka, Al-hambra di Kota Granada ini menemukan mereka berdua akhirnya.
" Zarith, rindu saya pada awak setiap hari dan setiap masa, kerana itulah selepas tugas saya dilondon tempohhari, saya terus mengambil cuti awal untuk menunggu awak disini. Hakimi beritahu awak akan ikut sama.." Jelas Rayyan.
" ermm patutlah awak ada mengatakan di blog Hakimi, yang awak akan menunggu kedatangan "dia" di Andalusia!"

" Saya maksud "dia" itu adalah awak Zarith!" ..Rayyan senyum lagi dan kali ini Zarith membalas senyuman itu. Senyuman yang membawa seribu makna.

Al-hambra yang tersergam indah, besar dan cantik itu akhirnya menemukan dua insan ke alam realiti dimana sebelum itu mereka sering berada di dunia maya. Al-hambra juga telah menaburkan benih cinta ke dalam hati "Al-hambra" dan Zarith. Begitulah rencana tuhan, biar dimana juga kita berada, jika sesuatu yang tanpa dirancang berlaku, maka dengan keizinanNya, maka terjadilah ia. Kini mulalah bertaut kasih "Al-hambra" untuk penghuni hatinya.


12.30am!
Leeza menamatkan cerita ini. Alhamdulillah!









      

Isnin, 13 Jun 2011

KISAH AKI DAN JIMAN (AKIJIMAN)

Aki berlari menuju kerumah Jiman. Hari ini dia berpakaian kemas kerana mengikuti bapanya ke Pekan untuk membeli belah.
" Jiman ! oh Jiman ! kau mau ikut aku ka?" sambil membetulkan kemas kemeja yang dipakainya.
" woi Aki, semat pulak kau hari ini, mau pigi mana?" Jawab Jiman.
" ke bandar ikut bapa shopping, ayuhlah ikut aku, jangan bawa duit, bapaku banyak duit tapi kau jangan curi ya!"..amaran Aki yang disambut dengan jeliran lidah Jiman.
"Iyalah, aku bersiap dulu".. dengan gembiranya Jiman bersiap dengan sehabis handsomenya sambil bernyanyi riang. Aki dan Jiman jarang ke bandar. Dunia mereka hanya dirumah, kampung, melastik burung dan bermain. Ini kerana taraf hidup keluarga mereka yang tidak menentu rezekinya. Dan bapa Aki baru saja mendapat gaji hasil bekerja sebagai pemandu lori.


Kereta Datsun model lama kepunyaan ayah Aki membawa mereka bertiga kebandar untuk membeli keperluan dan beberapa barangan yang lain. Kelihatan sungguh gembira yang tidak terkata Aki dan Jiman. Dibelikan aiskrim, dibelikan Kasut Croc tiruan mereka bersorak dan dipakai terus. Dibelikan makanan ringan dan coklat. Aki dan Jiman merasakan bahawa hari itu adalah Syurga buat mereka berdua. Jam menunjukkan angka 7.30 malam. Bapa Aki membawa mereka pulang. Sepanjang jalan, lampu-lampu jalan menerangi jalan kiri dan kanan. Deretan kedai terang benderang begitu juga dengan rumah-rumah orang. Tiba-tiba suasana menjadi gelap!.. Aki bertanya pada bapanya dan memberitahu bahawa bekalan elektrik terputus seluruh kampung. Tiba-tiba Jiman bersuara,
" Aki ! bagus betul kereta bapa kau ni kan, semua lampu tiada, tapi kereta bapa kau tidak pula mati karan. Eh! nanti aku suruh bapa beli kereta beginilah ada lampu kalau mati karan!.." Aki dan bapanya tergelak.. Alahai Jiman..Jiman..inilah kalau budak yang jarang naik kereta dan tidak peka pada keadaan. Kesian kau Jiman.

Jumaat, 10 Jun 2011

ADAM & HAWA


Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan,timbul prasangaka buruk menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami dan isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah.... Adam pasrah!. Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu,hati Ain berbolak balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoaannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata, Ingin disimpan hati tak tertanggung.

Novel hasil karya penulis Aisya Sofea. Ceritanya sungguh menarik dan jika didramakan pasti menarik minat ramai penonton. Semoga penulis kesayanganku ini akan terus menghasilkan karya yang lebih mantap dan baik, Insyaallah. Teruskan berkarya!
Jumaat. Seawal pagi bangun untuk memulakan rutin harian. Kakak bersama keluarganya berangkat balik ke Kelantan hari ini. Sedih juga berpisah selalu begini. Anak buah Wani sedih, airmatanya jatuh dan kalau boleh dia berkehendak sangat tinggal diSandakan ini, tapi apa boleh buat sudah menjadi tanggungjawab umi dan abahnya sebagai pendidik bertugas disana. Sempat juga berjumpa sebelum datang pejabat pagi tadi. Suasana menjadi sunyi kembali seperti selalu. Anak-anak pula masih lagi berada dikampung bercuti dengan nenek dan atuk.

Kerja yang menimbun satu amanah, insyaallah akan dilakukan dengan sebaik mungkin. Bercerita-cerita dengan rakan sekerja dari bual kosong hinggalah bercerita tentang "JODOH" isteri kepada seorang kakitangan kami yang telah meninggal dunia setahun yang lalu. Perancangan dan rencana Tuhan tiada siapa dapat menduga, akhirnya balunya bertemu jodoh dengan bekas teman lelakinya.Kekadang memikirkan kebahagiaan orang lain tersentuh juga hati ini, namun cepat-cepat kukikis dari hati dan mendoakan kesejahteraan hidup mereka, amin. Tuhan mempunyai perancangan tentang hidup setiap hambaNya, kita hanya redha, berusaha dan tawakal. Suara-suara sumbang yang sering memperkatakan tentang hidup orang lain, mempertikaikan "mengapa?" "kenapa?" "bagaimana?" kita patut tolak tepi. Hidup orang hak dia, rasa dia, melalui semua adalah dia. Masing-masing punya jalan kehidupan sendiri, masing-masing ingin mencorakkan ikut keperluan dan kemahuan sendiri.

Pernah ada satu teman mengatakan, "hidup ini indah". Kita mengindahkan hanya kerana kita ingin satu jalan yang baik untuk kita, kebahagiaan untuk kita, kesejahteraan untuk kita dan senyuman yang manis untuk kita. Jika ada yang ingin mencorakkan menjadi yang sebaliknya, itupun adalah hak dia, itupun adalah jalan yang mungkin dia sanggup redah. Terpulang pada diri. Setiap kita punya pegangan dan kepercayaan dan juga mempunyai segala impian. Bagaimana merealisasikan? itupun hanya dari diri masing-masing merealisasikan ikut kemahuan.

Sampai jumpa lagi dicoretan yang lain pula, selamat bekerja!

Keluargaku!

Cik BidadariRaudhah memang punya keluarga yang ramai dan besar. Sebelah arwah mak ramai dan begitu juga sebelah keluarga arwah bapa. Jika ada majlis perkahwinan ataupun ada sedara mara yang meninggal masa itulah baru terjumpa saudara mara, sepupu yang lama tidak bertemu.

Rasa gembira bila dapat bertemu semua dan bergurau mesra. Aku bersyukur dikurniakan keluarga yang baik-baik belaka dan mesra serta begitu prihatin terhadap satu sama lain. Buruk ataupun baik semua kami terima dengan hati yang terbuka kerana saling memahami keadaan masing-masing.Aku sayang semua ahli keluarga. Walaupun dengan ketiadaan mak dan bapa namun hubungan kekeluargaan tetap utuh selamanya. Alhamdulillah.

Rabu, 8 Jun 2011




Lagu OST dari Nora Elena. Bila mendengar dimalam hari sangat syahdu hati ini.

MAHARAJA LAWAK.

Paling best dan gempak rasanya minggu ketiga Maharaja Lawak Jozan ni. Rasa-rasanya siapa akan merangkul Maharaja Lawak tahun ni? kalau saya memamg pilih Jozan! anda bagaimana?

LETTERS TO JULIET ! Filem Romantis.

Letters To Juliet sebuah filem romantis. Salah satu filem kegemaranku. Mengisah seorang gadis bernama Sophie lakonan Amanda Seyfried yang bercuti bersama tunangnya(Eric) di Verona, Italy. Dalam kesibukan Eric, Sophie bersiar-siar seorang diri di pekan Verona yang terkenal dengan kisah lagenda "Romeo and Juliet". Maka bermula kisah dimana secara tidak langsung Sophie terlibat sama menjadi "secretary Juliet" dimana setiap surat yang ditampal didinding rumah Juliet diambil.
Permulaan kisah dimana sophie terjumpa surat cinta daripada seorang gadis bernama Claire Smith untuk kekasih hatinya Lorenzo Bartolini yang disimpan disebuah lubang batu didinding rumah Juliet. Dan Surat itu kini berusia 50 tahun!
Detik indah sophie bila takdir menemukannya dengan cucu lelaki Claire, Charlie (Christopher Egan). Percintaan yang berputik 50 tahun dulu dalam pencarian dan begitu juga dengan rasa hati antara Sophie dan Charlie. Best ceritanya!

Kisah Got Talent Sung Bong Choi Yg Sedih.

Sung Bong Choi, pemuda korea yang hidupnya bukan semanis yang disangka. Anak yatim yang terpaksa membesar sendirian. Punya suara yang baik dan punya cita-cita dan impian yang ingin direalisasikan. Memang sedih dan terharu melihat video ini. Sama-sama kita kongsikan.

Hari Baru !

 
Rabu, bermula lagi pagi yang baru, petang yg baru. Rutin waktu yang sering berlalu. Hari ni tidak seperti hari yang lain, aku terlambat bangun lagi. Apa tidak sedang update dan cuba mencari idea untuk tulisanku. Jam 3 pagi baru mataku terlelap dalam kedinginan subuh.
  Sebenarnya aku punya rencana, rencana untuk pengisian waktu. Hidup ini terasa singkat kurasakan dan aku perlu lakukan sesuatu pada minatku. Terdetik hati tatkala menonton filem Julie & Julia di Channel HBO malam tadi. Kisah tentang dua wanita yang meminati masakan dan sering mencuba resipi yang baru. Julie adalah wanita berumur 30 tahun yang bekerjaya, bersuami dan sering menghabiskan waktu lapangnya untuk berada didapur.Melalui suasana persekitaran yang baru, tempat tinggal yang baru akibat krisis selepas tragedi 9/11, Julie sering berada dalam tekanan dan selalu merasa kebosanan. Dan Julie juga meminati tukang masak wanita yang berasal dari Perancis, Julia Child. Julia seorang surirumah tangga yang berkahwin dengan seorang lelaki Amerika yang bertugas di kedutaan Amerika di Perancis.
  Berada dalam lingkungan waktu yang berbeza, Julie sering membuat resipi yang dibuat oleh Julia melalui buku masakan yang diterbitkan Julia, Julia Home Cooking.Dia menjadikan Julia sebagai idolanya. Setiap hari dia memberitahu pada pembaca blognya tentang resipi yang dicubanya. Komen-komen positif datang bertalu-talu memberikan semangat padanya.Bertuah memiliki suami yang sentiasa memberi sokongan dan kasih sayang. Hidup Julie tidak kosong. Berkisah pula tentang Julia yang berasal dari tahun 40-an, dari seorang wanita yang tidak tahu bagaimana untuk merebus telur, bagaimana untuk memotong bawang dengan betul akhirnya menjadi terkenal kerana minat dan usaha gigihnya sehingga menghasilkan beberapa resipi ciptaannya sendiri. Akhirnya dia membuat buku masakan dan berkongsi resipi dengan wanita-wanita seluruh dunia.
  Aku juga ingin menjadi seperti mereka Julie & Julia, bukan dalam bidang masakan tapi dalam bidang yang aku minati.Cuma bagaimana untuk aku merealisasikan impian ini? Doakan agar hatiku tetap tabah dan menjadi sekuat wanita-wanita didalam cerita itu tadi.
So, oklah sambil bekerja insyaallah mencuri waktu untuk update blog. Jumpa lagi! :)
NORA ELENA dalam slot Akasia yang bersiaran dari jam 7 malam hingga 8 malam setiap Isnin hingga Khamis. Diadaptasi dari novel kasih Yang Suci Karya penulis MEEN ZULAIKHA. Sebagai penonton dan peminat novel, drama ini sehari-hari dinantikan. Ceritanya pun menarik. Pendek kata I Love This Drama!

Novel.

Jam 1 pagi! mata masih belum mengantuk. Rasa hati ingin menghabiskan pembacaanku malam ni. Kisah ADAM & HAWA, novel dari penulis kegemaranku Aisya Sofea. Namun mengingatkan harus kepejabat awal pagi, mungkin sebentar saja lagi harus berada diperaduan.

Novel, ya novel! Dulu masa sekolah masa terlalu terhad untuk membaca apatah lagi ingin memiliki sebuah novel. Datang daripada keluarga yang bukan berada agak menyulitkan untuk memiliki sebarang buku novel dan hanya mampu menyewa di library sebanyak 2 buah naskhah saja.Minat timbul sejak disekolah rendah lagi. Buku pertama yang dibaca semasa berada di Darjah 3 adalah OLIVER TWIST. Sejak dari situlah minat membaca cerita-cerita rakyat dan novel bermula. Kata orang membaca novel hanya pada orang-orang yang berjiwa sensitif dan bersifat romantis. Namun bagiku novel boleh dibaca pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua dan muda. Pengisahan novel bukan saja berkisar kisah cinta semata-mata. Penulis menceritakan sesuatu yang realiti dan fantasi. Dua unsur yang membawa pembaca menghayati babak, adegan dan imaginasi tersendiri melalui jalan cerita yang begitu baik.

Terbitan Alaf 21, karangkraf telah melahirkan penulis-penulis kegemaranku seperti Ramlee Awang Murshid (kakitangan RTM, Angkasapuri yang berasal dari Papar, Sabah) Aisya Sofea, Norzailina Nordin, Damya Hanna, Fauziah Shaari, Meen Zulaikha, Siti Rosmizah dan Sharifah Abu Salem. Kini karya penulisan mereka juga telah dijadikan drama-drama TV dan Filem. Menarik dan sungguh mempesonakan.

Pada mereka yang mempunyai minat sama seperti diriku, membaca novel baik sebenarnya. Tidak kisahlah pandangan orang lain mengenai minat yang mendalam terhadap novel. Orang nak kata kita tenggelam dalam dunia khayalan mereka silap sebenarnya. Orang yang bijak berfikir dan menilai pasti tidak akan meluahkan kata-kata seperti ini. Dan bagiku, selagi ku mampu, selagi ku masih berdaya minat ini akan bersamaku sepanjang hayatku.

Selasa, 7 Jun 2011

CERPEN: Kisah Kau Dan Aku.

Hujan lebat pagi ini setelah hampir seminggu cuaca begitu terik memeritkan. Nyaman kurasakan dengan udara yang sejuk sedinginnya hatiku dikala ini. Berita yang kuterima malam tadi terlalu mengganggu emosiku. Teman serumahku Zahra sedang sibuk mengemas rumah dan aku? pemerhati setianya.
" Sofi, sudah-sudahlah layan hati kau tu, nanti kau sakit lagi." Zahra yang sedang sibuk memvakum karpet menegurku.
"aku terluka zahra, kenapa ini yang aku terima dari dia? apa salahku sebenarnya?." setitis airmata jatuh lagi pagi ini setelah semalaman aku membasahi bantal dan selimutku dengan airmata.
" Sofi, semalam kau tidur lewatkan? lampu bilik masih terang masa aku keluar kebilik air. Apa yang kau buat semalam hah?." Soal zahra padaku. Temanku yang sejak kecil ini memang begitu perhatian sekali pada diriku. Walaupun kadangkala sikapku ini menjengkelkan dirinya dengan sifat keras kepalaku.
"takda apa.." jawabku selamba sambil melangkah masuk semula kebilikku. Zahra hanya mampu menggelengkan kepala melihat tingkahku. Dan dia faham apa yang berlaku. Terima kasih zahra!

***********************************************************

Pejabat masih lenggang diwaktu seawal 6.45 pagi. Aku sengaja datang awal hari ini memandangkan semalam pun aku masih tidak dapat melelapkan mata. Emosiku dan jiwaku benar-benar kacau bilau. Dan hanya selepas sembahyang subuh tadi, aku sempat melelapkan mata setengah jam diatas sejadah. Kupandang kerja diatas meja, Ya Allah! ini mesti kerja mak minah murai tu yang letakkan masa staff semua dah balik hari jumaat yang lalu." Hish! macam kena langgar dengan taufan meja aku!"..Omelku sendiri.
"takpa makcik aku akan buat, pukul 8 nanti kau tahulah tangan kau yg cantik tu nak tandatangani semua baucar bayaran ni.!" kataku lagi. Dan aku memulakan tugas ku sambil ditemani makcik cleaner yang membersihkan meja setiap staff didalam ofis ini. Segala fail dan invois yang ada atas meja kususun dengan teliti dan kukepilkan bersama memo untuk ditandatangani, selesai juga akhirnya!. Ku pandang skrin komputerku, tertera bait bicara yang ku terima dari dia sebagai wallpaper yang menghiasi pandanganku. Hatiku mula menjadi sayu.
" hoi makcik! sampai hati kau tinggalkan aku pagi tadi !". tepukkan dibahu membuatkan aku terperanjat.
" Ya Allah zahra! tak reti ke nak bagi salam ni, nak gugur rasanya jantung aku tau!"..geramku. Zahra hanya tersengih sambil melangkah kemejanya.
" Yalah, assalammualaikum dan selamat pagi Cik Sofiya Binti Adam.."
" Walaikummusalam Cik Zahra Hj Abdullah, macam itulah jangan main serbu dan terjah je, kan elok..sejuk hati aku ni.." Sambil berlalu meninggalkan Zahra yang mengaru kepalanya melihat timbunan fail-fail diatas mejanya untuk menghantar kerja-kerja yang selesai aku buat tadi ke bilik Puan Syarmine, boss di bahagian kewangan.
" Sofi, jomlah minum aku dah kebulur dah ni ! dahlah semalam aku takda selera nak makan tgk kau berkurung dalam bilik, hari ini kau tinggalkan aku pula ! nasib baik kau tinggalkan kunci kereta kau, aku bawa kereta kau tadi .."  Zahra yang berbaju kurung hijau pagi ini ku pandang sambil tersenyum. Corak dan bunganya hampir sama dengan baju kurung asli warna biru laut yang kupadankan ketubuhku dengan tudung warna yang sedondon.
"Maaflah pasal semalam aku tak temankan kau makan, jomlah!.." Aku dan zahra menuju kekantin pejabat. Aku hanya mengambil sandwich dan teh panas sebagai alas perutku dan Zahra dengan sup ayamnya, milo ais dan sebiji karipap."Ermm ! memang kebulur betullah teman aku ni !" desis hatiku.
"Eh! kau naik teksi ke pagi tadi? apa pasal kau tak bawa kereta kau ?" Dengan mulut yang penuh Zahra menyoalku.
" Naik baslah, Aku sajalah zahra nak ambil angin pagi, kata arwah mak angin pagi dan subuh baik untuk kita, segar rasanya".
" Iyalah tu aku percaya dengan kata kau ni, eiii, kau tau tak aku geram tau kau tinggalkan aku, tapi bila aku nampak kunci kereta kau masih tergantung aku nak marah pun tak jadilah.." Gelak Zahra sambil mengunyah karipapnya pula.
" Zahra, aku rasa nak berhenti kerjalah dan bagi notis sebulan gaji, apa pendapatmu?".. Tiba-tiba apa yang kufikirkan semalaman kusuarakan pada Zahra. Bulat mata Zahra melihat aku. Macam nak telan aku pun ada!

********************************************************************************************

Niatku sebelum berangkat ke lapangan terbang aku ingin menziarahi kubur arwah mak dan arwah ayah. Barang-barangku yang mana perlu selesai ku masukkan kedalam bagasi. Kupandang bilik ini, kupandang ruangan yang pernah melihat duka dan tangisku.Akhirnya, ku capai sebuah diari dan sekeping gambar, wajah ini! wajah yang mengusik hatiku dimana kasih dan sayangku kucurahkan hanya untuk dirinya. Disaat aku memerlukan dirinya terjadinya konflik, terjadinya sesuatu diluar kemahuanku. Aku baca coretan yang pernah menjadi nadi dan semangat diriku didalam diari ini. Dulu dia suka menulis sesuatu dalam diari ini dan semuanya untukku. Indah tulisannya, gemersik  bicaranya dan aku terpesona. Dialah satu-satunya lelaki yang aku cintai walaupun dia sudah menjadi milik wanita lain.

" Jika mentari menyilaukan pandanganmu, 
  aku akan melindungi dirimu,
  Jika hujan membasahi dirimu,
  aku tetap ada untuk memayungimu

  Ingatlah bait bicaraku, tertulis hanya untukmu,
  kau ilhamku, kau inspirasiku dan juga nadi karyaku,
  Cinta dalam hatimu kupahatkan dalam nota jiwaku,
  Andai terpisah, biarlah jasad ku kaku dalam dakapanmu.

  Sofiya, kau sayangku sampai akhir waktu,
  Ingatlah jiwa ini begitu merinduimu,
  bersama kita berdoa semoga ada pintu
  untuk kita bersama harungi hidup ini
  didalam suka dan duka, susah dan getir,
  senang dan senyum bersamamu Sofiya Binti Adam!

Kesayuan mula melanda diriku. Kata -kata ini begitu bermakna buatku dan lalu kucapai pen dan kutulis sesuatu didalam diari yang menjadi kesukaan kami berdua.

" Biarlah mentari memancarkan sirnanya,
aku tetap terlindung dibawah rendangnya pohon,
biarlah hujan membasahi tubuhku,
agar kudapat merasakan rahmat dariNya.

Setitis embun dihujung jariku,
mengalirkan dingin kehatiku,
bicara dan puitismu wadah untukmu,
akan kusemadikan dalam memoriku,
sebelum ajal datang bertamu,
terpisah jua kita akhirnya.

Sayangku, rasa hati ini utuh untukmu,
selagi belum pudar dek masa berlalu,
biarlah rindu ini kubawa jauh disana,
dengan perit dan pedihnya ku ubati 
dengan zikrullah,

Doaku padamu berbahagialah sayangku,
hargailah permata yang ada didepanmu,
doakanlah agar aku bisa melupakanmu,
untuk meneruskan sisa hidupku.
Selamat tinggal sayang,
senyumlah sayang, senyum untukku
Ahmad  Zafrul Hj  Ahdin!
AKU OKEY !

Aku menutup diari kesayanganku itu dan ku masukkan gambarnya diatas coretan yang aku tulis sebentar tadi. Ku pandang wajah zahra yang mendung hanya menanti hujan turun.
" betulkah Sofi keputusan kau ni, sampai hati kau tinggalkan aku.."..Zahra mula menangis.
" Zahra, aku dah lama fikirkan semua ini dan memang aku nak sangat kerja begini. Kau pun tahu kan aku suka dengan aktiviti mengembara ini?.. kitakan ada FACEBOOK! ala..nanti aku uploadlah gambar banyak-banyak bagi kau tgk!" kataku untuk tidak menyuramkan suasana. Zahra tersenyum lalu lantas kami berpelukan pilu.
" Zahra, kau boleh tolong aku tak? " Zahra memandangku. Ku hulurkan kotak berbalut indah yang berisikan seutas jam tangan dan sebuah buku yang hendak ku berikan kepada Ahmad Zafrul sebagai hadiah ulangtahun tandanya kasih kami. Namun ku simpan apabila  Ahmad Zafrul menemuiku untuk memberitahu bahawa dia terpaksa membuat pilihan antara ibu dan kasih hatinya. Dan akhirnya Ahmad Zafrul memilih untuk melepaskan ku kerana tidak mahu kehilangan keluarganya. Aku redha Ya Allah! aku redha ketentuanMU. Aku ubati laraku dengan Zikrullah dan doa kepadaMu. Aku akan lalui hidupku dijalan yang luas dimuka bumi Allah ini.
" Apa ni Sofi?" tanya zahra.
"Tolong berikan pada Ahmad Zafrul selepas pemergianku. Katakan padanya simpanlah kenangan ini, jika bersamaku takut akan tercicir disepanjang jalanku. Aku tahu, dia masih sayangkan aku dan jika dia rindu lihatlah aku dimana pun aku berada lewat nota-nota dan nukilan yang kukirimkan melalui facebook. Aku tidak akan terus menghilang kerana siapa pun dia dan apa pun yang terjadi sebagai hamba Allah aku sayang semuanya." Airmataku jatuh lagi dan untuk sekian kalinya aku dan Zahra berpelukan hiba. Selamat tinggal sahabatku, doalah semoga ada pertemuan lagi. Dan tatkala ku berada diawan biru aku menangis sepuasnya kerana ku sendiri tidak tahu bila dan waktunya akan ku kembali lagi. Selamat Tinggal sayangku, selamat tinggal. Kisah antara kau dan aku bersemadi didasar hatiku yang paling dalam!.

Haslizah Japri
12.33pm!