Khamis, 28 Julai 2011

PENGALAMAN DI MEGABIG ENTERPRISE SDN.BHD.

Selepas bersarapan di pejabat bersama staff, pemandu dan pegawai atasan, dalam pukul 10 pagi kami berangkat bersama kenderaan kerajaan yang disediakan untuk menjalankan tugas luar mengenai pelupusan fail di kilang Megabig Enterprise Sdn.Bhd di batu 11, Jalan Seguntor, Sandakan.

Sesampainya kami dikilang, kami memasuki pejabat Pegawas Hutan yang disediakan di Kilang terbabit dalam tugas memantau kayu-kayu balak yang masuk untuk diproses. Dan seramai 20 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan yang terlibat dalam pelupusan fail akan menyaksikan pembakaran fail rekod am, fail lesen dan bil-bil royalti yang dibenarkan pelupusannya setelah menjangkau tempoh 7 tahun hingga 10 tahun keatas.

 En. Raymond (Ketua Unit Stor) dan pemandu kenderaan kerajaan En.Masuari.

Fail-Fail yang telah direkod dan diasingkan untuk pelupusan sedia untuk dibakar didalam relung pembakar yang dipanggil "Pintu Neraka Jahanam" oleh pekerja-pekerja kilang Megabig Ent.

Empat buah kenderaan kerajaan dan satu kenderaan awam yang membawa pegawai dan staff.

Sementara menunggu proses pelupusan dimulakan saya sempat meronda ke kawasan belakang kilang. Sebenar saya mengelak habuk kayu yang bertaburan seperti hujan yang menyelubungi seluruh kilang. Tudung dan baju saya dipenuhi dengan habuk kayu!

 Kayu-kayu balak yang telah dibawa kekilang ini sedang melalui proses pemotongan menggunakan mesin-mesin yang ada.

 Suasana dibelakang kilang.

 Longgokan Kayu-kayu balak yang akan diproses menjadi plywood.

 Timbunan kayu-kayu balak.


 Saya dan rakan sekerja Pn. Nena Dino

Orang Kuat Unit Pentadbiran yang bertungkus lumus mempastikan segala perancangan yang diatur berjalan lancar dan juga Ketua Unit saya, Pn. Niah Musa.


Suasana didalam kilang Plywood.

Mesin-mesin yang digunakan untuk memproses Plywood di Kilang ini.

Salah Seorang pekerja kilang sedang memantau mesin yang menyusun plywood yang telah siap.

 
Pemandu jentera ini sebenarnya malu-malu bila saya mengambil gambarnya.

Suasana didalam kilang.

Pekerja-pekerja kilang yang sedang mengasingkan plywood yang rosak atau terkoyak.


AJK Pelupusan Fail Dan Rekod Awam, Pn.Latifah Diming (Ketua Unit Seksyen Hasil) Bersama PA, Pn. Tanima Galoh yang lemah lembut orangnya.


Semasa hendak memulakan pembakaran, berlaku kejadian dimana semasa pemanasan relung pembakar, berlaku letupan yang besar semasa api dihidupkan dan hampir mengenai kami yang berdekatan. Semua yang ada lari bertempiaran menyelamatkan diri. Rupa-rupanya serpihan api yang berterbangan semasa letupan itu telah mengenai beberapa orang pegawai KEW, Pegawai SFM dan pemandu. Terasa perit dan pedih dikulit. Ada yang terkena dikepala, dibadan kerana serpihan api yang berterbangan terkena dibaju pemandu dan berlubang. Namun tiada yang mendapat kecederaan serius. Dan pihak kilang memohon maaf atas kejadian yang berlaku.

Tepat jam 12 tengahhari terdengar bunyi siren menandakan waktu rehat dan makan untuk pekerja-pekerja kilang. Semasa kami balik dan melalui kawasan-kawasan kilang, kami melihat ramai diantara pekerja-pekerja sedang menjamu selera diluar kawasan bangunan kilang.



PANTUN.

Kata Hati DiKata Riak
Ikut Hati Dikata Mati,
Wahai Saudara yang mengaku bijak,
Sekadar Kata Janganlah Nilai.

Getar Hatimu Lain Katanya,
Hatiku Lain Senandungnya,
Usahlah Berat Memikir Kata,
Kelak Nanti Mengundang Salah Sangka.

Rabu, 27 Julai 2011

ANAK KECIL.




Anak kecil, senyumannya mampu mencuit hati sesiapa saja yang melihatnya. Gelak tawanya menjadi ubat hati yang sedang berduka. Wajahnya yang mulus, matanya dan bibirnya menimbulkan rasa yang tidak terhingga. Apatah lagi jika anak kecil itu lahir dari zuriat kita sendiri. Namun anak-anak kecil yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka mampu meruntun hati. Jika ditinggalkan selamat, membesarlah dia tanpa mengenali asal usulnya. Jika ditinggalkan tanpa nyawa, tuhan sudah menetapkan anak kecil itu tetap menjadi penghuni syurga. Berdosalah mereka yang membuang anak kecil ini.

Sayangilah anak-anak kecil ini, kita juga pernah menjadi seperti mereka. Lihatlah mata anak kecil itu, dengarlah gelak tawanya, rengekannya mereka memerlukan kita untuk meneruskan hidup mereka. Membenarkan mereka melihat dunia ini.  Sebagai seorang ibu dan wanita, naluriku ingin membelai anak kecil ini.

Isnin, 25 Julai 2011

Pekerja dan Majikan.

Aku pekerja baru Amir dan Aman adalah dua kawan baik dan peniaga kaya yang gemar mempersendakan pembantu peribadi masing-masing kerana lurus bendul..
Amir :Kau nak tengok,betapa bodohnya pembantu baru aku ni.(Pembantu Amir dipanggil )Amir : Nah ambil RM 50 ini dan bawakan saya kereta mercedes benzzz.
Pembantu :Baik tuan ......
Amir : bodoh betul pembantu aku tu .Rm 50 mana cukup nak beli mecedes benzzz .
Aman : Pembantu aku lagi bodoh .kau tengok hah!!(pembantu Aman dipanggil )
Aman : saya hendak awak balik kerumah saya dan lihat sama ada saya ada dirumah atau tidak (dalam perjalanan , kedua² pembantu itu bertemu dan membincangkan masalah masing²).
Pembantu Amir : Bos aku memang bodoh . Ada ka dia suruh aku beli kereta mecedes benzzzzz . hari ni hari ahad, mana ada kedai kereta dibuka .
Pembantu Aman : Bos aku lagi biul. dia suruh aku pergi ke rumah dia untuk lihat sama ada dia ada dirumah atau tidak. Bukan kah dia ada telefon bimbit. Telefon sajalah lagi senanggg...kan mudahhhh...
Pembantu Amir : wakakakakaka..bos kita memang bodohhhhh bin biullll

Kisah Tugu Para Doktor

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya. "Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor. "Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu. "Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu. "Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu. "Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul...

Berkat menyebut "BISMILLAH"

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Ahad, 24 Julai 2011

RAHSIA DIRI ADA PADA SAAT HARI DILAHIRKAN.

1hb. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.
2hb. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya.
3hb. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam. menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.
4hb. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.
5hb. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.
6hb. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.
7hb. Kamu seorang yang ‘happy go lucky’ dan gemar berseronak. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!
8hb. Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja!
9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. “Maintain vouge” manjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang ‘setaraf’ juga.
10hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir!
11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????
12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!
13hb. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.
14hb. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu!!
15hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan ‘last minutes’.
16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya…. Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.
17hb. Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.
18hb. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.
19hb. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.
20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!
21hb. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain ‘ambil mudah’ terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.
22hb. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa’ selamat’ bila berada di sampingnya.
23hb. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan sidia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.
24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.
25hb. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?????
26hb. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja!!!!
27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!
28hb. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan sidia tanpa disedari.
29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.
30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!!
31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!!


Tujuh kaedah kenali orang sombong, bongkak.

SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.
Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah, lalu ia menempelak: “Mana bisa aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.
Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)
Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah. Tercatat dalam al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud yang ingin memerangi tuhan, keduanya Raja Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)
Sombong yang kedua ialah bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan, seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.
Begitu juga Abu Lahab serta kaum Quraisy yang enggan menerima Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.
Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.
Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini
  • Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.
Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
  • Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.
Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:
“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”
Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.
  • Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.
Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.
Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.
  • Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.
  • Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.
  • Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.
  • Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.
Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Jumaat, 22 Julai 2011

1000 person embrace islam in one day in GERMAN, what they find in Islam.

ISLAM IS A BEAUTIFUL RELIGION !


Sila lihat video dibawah...lihatlah betapa tingginya kesedaran warga Jerman dalam menerima Islam. Di akhir video ni, seluruh dewan menerima Islam. Allahuakhbar!

9 MIMPI RASULULLAH S.A.W.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH S.A.W. : “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

Selasa, 19 Julai 2011

WAJAH SEIRAS CINTA


Sinopsis.

Alam itu :-
Pelarian Puteri Seri Kenangan membawanya bertemu sang teruna berselubung. Sepasang mata galak milik sang puteri membuat sang teruna sangat terpana. Dilema perasaan mula menguasai. Mengenang syarat untuk sembuh, ia harus menemui cinta sejati. Tetapi, bagaimana dia akan menemui dengan wajah yang hodoh?

Alam ini :-
Utama Production di era kejatuhan. Sudahnya, Jamal bercadang membuat program di TV berkonsepkan jurnal "Jejak Misteri'. Agenda projek penggambaran di lokasi legenda sumpahan seorang ibu, membawanya terperangkap ke alami itu. Bersama sebuah cinta yang dipendam tanpa berkesudahan.

Semua kejadian itu cuma berhenti bila cinta dilafazkan dengan ikhlas dan redha melepaskannya kerana takdir yang satu. Sebuah kisah thriller tentang pertembungan antara golongan yang setia dengan pihak yang ingkar kepada-Nya.

Karya pertama daripada Penulis bernama SALINA SALLEH ini berbentuk thriller yang terhasil dari garapan kreativiti beliau melalui kajian pembacaan dan menyaksikan dua insiden yang benar-benar berlaku. Dan yang amat menarik hati saya untuk meneruskan pembacaan ini, beliau telah menyaksikan sendiri dengan mata kepala beliau sendiri dimana sewaktu bertugas sebagai penerbit di stesen TV tempatan dan melihat VT yang baru dirakam ketika kejadian histeria di kalangan para pelajar perempuan disekolah tinggi yang terkenal di Negara Brunei Darussalam. Beliau dapat melihat sendiri dimata bagaimana seekor jin yang menduduki tubuh pelajar perempuan itu telah melafazkan dua kalimah syahadah!

Novel ini terhasil dari idea yang muncul dari kaca mata penulis. Beberapa watak yang dilihatnya turut diselitkan didalam novel WAJAH SEIRAS CINTA ini. Saya sudah memilikinya dan sedang membacanya! anda bila lagi??

Ahad, 17 Julai 2011





Lirik lagu yang sangat dalam maksudnya. Fahami dan hayatinya. CINTA memang indah bagi pencinta yang benar-benar mengerti apa itu CINTA. Apakah aku pencinta sejati? Apakah aku hanya menjadi pencinta sekadar ingin mengisi kekosongan hati? Ataupun aku hanya sekadar ingin bercinta seperti yang lain.?

Sabtu, 16 Julai 2011

Syaaban Dan Kelebihannya.

 
 
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."


Bulan syaaban mencul lagi. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.

Sabda Nabi s.a.w.:
Apabila masuk bulan syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.:
Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w.:
Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi! : Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Dinamakan syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Cari Keampunan Di Malam Nisfu Syaaban


Berikut adalah kelebihan malam Nisfu syaaban menurut hadis :

(01) Sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al-Quran dan sebagainya, maka Allah S.W.T. akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

(02) Sesiapa yang memohon keampunan dari Allah S.W.T. akan diampuniNya, kecuali mereka yang menyengutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba', penderhaka ibubapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan silaturrahim.

(03) Sesiapa yang memohon rezeki dari Allah S.W.T. akan dikurniakan rezeki.

(04) Sesiapa yang ditimpa bala, maka Allah S.W.T. akan melepaskannya.

(05) Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Pada malam itu dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah." (Ad-Dukhan : 4)

Selain kelebihan Nisfu syaaban , bulan syaaban itu sendiri dinyatakan dalam hadis sebagai bulan yang di dalamnya terdapat banyak kebajikan.
Antaranya disebut dalam kitab-kitab :

* Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah S.W.T. dengan 700 kali ganda.

* Allah S.W.T. akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya.

* Sesiapa yang berpuasa tiga hari di awal, pertengahan dan akhir bulan syaaban akan dituliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika meninggal dunia pada tahun itu, maka ia akan mendapat pahala mati syahid.

Keagungan malamnya dengan malam Nisfu-Syaaban sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk-Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam lailatulqadarnya. Maka pada malam Nisfu-Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:- Angkat kepala mu ke langit, tulah malam yang dibukakan pintu langit.

Sabda Nabi s.a.w:-

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala maklukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya (Al-Hadis)

Sabdanya lagi:-

Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman:" Adakah orang yang meminta ampun Aku ampunkannya,adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya" demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-Hadis)

Tersebut dalam kitab A-Barokah:-

Bahawa jin,burung,binatang-binatang buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

Tersebut dalam kitab Iq'na:-

Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat.Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya,katanya:-

Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah mengampunkan segala umat mu orang yang tiada mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba terbuka segala pintu Syurga.

Dalam riwayat yang lain pula dinyatakan terbuka segala pintu langit.

Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.

Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.

Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.

Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.

Pada pintu langit yang kelima Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang menangis keran takutkan Allah pada malam ini.

Pada pintu langit yang keenam Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.

Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu. dan pada langit yang kelapan Malaikat menyeru :-

Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya? Aku bertanya pada Jibril, sampai bila kah terbukanya semua pintu ini (diterima doanya) - Jawab Jibril:-

Sehingga naik fajar subuh.

Dan katanya lagi :-

Pada malam ini dimerdekakan hambaNya yang Mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab.(Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang banyak memelihara kambing).


Pesanan Penting:

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib


Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.... Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'ab! an (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Isnin)


Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Segala amal ibadah yang kita lakukan itu semuanya adalah baik di sisi islam. Yang penting haruslah di ikuti dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Cuma satu sahaja yang ingin saya tekankan di sini ialah janganlah kita hanya amalkan membaca yasin di waktu tibanya bulan Syaaban atau pada malam jumaat sahaja. Sebaik2 nya kita haruslah tanamkan sifat minat membaca Al-Quran pada setiap hari atau setiap malam, kalau tak mampu 2 hari sekali atau 3 hari sekali atau seminggu sekali. Sebab kalau kita tinggalkan membaca Al-quran 1 hari, Al-Quran akan meninggalkan kita selama 7 hari!! bayangkan kalau kita tak baca selama sebulan?? ! setahun?? masyaallah!! Walaubagaimana pun yang terbaik apabila kita dapat membaca al-Quran & baca tafsirnya sekali kerana dalam Al-Quran terdapat banyak sekali pengajaran untuk bimbingan hidup kita di dunia & akhirat.

Sabda Nabi s.a.w: " Orang-orang yang mahir membaca Al-Quran adalah orang yang sentiasa ditemani oleh Malaikat yang Mulia lagi berbakti." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Sabda Nabi s.a.w: " Barangsiapa membaca 1 huruf daripada Al-Quran maka dia mendapat 1 kebaikan. Dan kebaikan itu pula diganda menjadi 10." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w: " Bacalah olehmu semua akan Al-Quran itu, sebab Al-Quran itu akan datang pada! hari kiamat sebagai suatu yang dapat memberikan syafaat, yakni pertolongan kepada orang yang mempunyainya." (Hadis Riwayat Muslim)

Yang penting segala amal maaruf yang hendak kita lakukan haruslah istiqamah. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt.... amin amin amin ya rabbal alamin.

Wallahu'alam bissawab...

Wassalam.
 

Rabu, 13 Julai 2011

NILAI SEBUAH SENYUMAN !

Dia tidak meminta bayaran, namun menciptakan banyak
Dia memperkaya meraka yang menerimanya, tanpa membuat melarat mereka yang memberinya.
Dia terjadi hanya sekejap namun kenangan tentangnya kadang-kadang bertahan selamanya.
Tak seorangpun yang meskipun kaya mampu bertahan tanpa dia, dan tak seorangpun yang begitu miskin tetap menjadi lebih kaya daripada manfaatnya.
Dia menciptakan kebahagian di rumah, mendukung niat baik dalam niaga dan merupakan tanda balasan dari kawan-kawan.
Dia memberi istirahat untuk rasa lelah, sinar terang untuk rasa putus asa, sinar mentari bagi kesediaan dan penangkal alam bagi kesulitan.
Namun dia tidak bisa di beli, dimohon dipinjam atau dicuri karena dia adalah sesuatu yang tidak berguna sebelum di berikan pada orang lain.
Dan apabila pada menit terakhir kesibukan … di mana sebagian pelayan penjual kami menjadi terlalu lelah untuk memberi Anda senyuman, bolehkah kami meminta Anda meninggalkan seulas senyuman Anda?
Karena tak seorangpun yang begitu yang lebih membutuhkan senyuman daripada mereka yang tidak punya lagi yang tersisa untuk diberikan!