Isnin, 31 Oktober 2011

KEMAAFAN YANG TERTANGGUH - CEREKARAMA TV3


Baru sebentar selesai menonton yang menusuk perasaan. Drama yang dicalonkan untuk Anugerah Skrin TV3 2011. Dalam bilik menonton aku menangis tersedu sedan menghayati jalan ceritanya. Sedih dan hiba, itu saja yang dapat kugambarkan ketika menontonnya. Syabas pada penulis skrip, pengarah dan penerbit dan juga kepada pelakon-pelakon yang menjayakan drama ini. Betapa hati ini mudah terusik dan tersentuh sehingga airmataku ini begitu mudah untuk menitis. Apa pun tak kisahlah yang penting aku suka dengan jalan cerita ini. Ada pengajaran bagi seorang wanita yang bergelar isteri, menantu, ibu dan mak mertua.

Isnin, 17 Oktober 2011

Assalammualaikum..

Sudah lama tidak UPDATE blog ni. Aku masih terfikir dan memikir bagaimana untuk aku menghabiskan cerpen-cerpen yang belum ada pengakhirannya. Aku masih mencari idea, masih memikirkan untuk ENDINGnya.. takut tidak seiring dengan apa yang kutulis selama ini.

Ada masa aku cuba memasukkan elemen-elemen yang berlaku disekelilingku. Namun ku memikirkan kesesuaian dengan rekaan dan realiti. Rekaan itu amatlah indah manakala yang realiti itu amatlah sakit namun itulah hakikat. Apa pun aku akan cuba sedaya mungkin menghabiskan cerpen-cerpen yang kutulis.

Semoga apa yang menjadi hobiku selama ini akan membuahkan hasil. Aku akan berusaha untuk cerpenku agar menjadi cerpen yang terpilih untuk diterbitkan. Insyaallah.

Jumpa lagi!