Isnin, 31 Oktober 2011

KEMAAFAN YANG TERTANGGUH - CEREKARAMA TV3


Baru sebentar selesai menonton yang menusuk perasaan. Drama yang dicalonkan untuk Anugerah Skrin TV3 2011. Dalam bilik menonton aku menangis tersedu sedan menghayati jalan ceritanya. Sedih dan hiba, itu saja yang dapat kugambarkan ketika menontonnya. Syabas pada penulis skrip, pengarah dan penerbit dan juga kepada pelakon-pelakon yang menjayakan drama ini. Betapa hati ini mudah terusik dan tersentuh sehingga airmataku ini begitu mudah untuk menitis. Apa pun tak kisahlah yang penting aku suka dengan jalan cerita ini. Ada pengajaran bagi seorang wanita yang bergelar isteri, menantu, ibu dan mak mertua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan