Jumaat, 10 Jun 2011

Jumaat. Seawal pagi bangun untuk memulakan rutin harian. Kakak bersama keluarganya berangkat balik ke Kelantan hari ini. Sedih juga berpisah selalu begini. Anak buah Wani sedih, airmatanya jatuh dan kalau boleh dia berkehendak sangat tinggal diSandakan ini, tapi apa boleh buat sudah menjadi tanggungjawab umi dan abahnya sebagai pendidik bertugas disana. Sempat juga berjumpa sebelum datang pejabat pagi tadi. Suasana menjadi sunyi kembali seperti selalu. Anak-anak pula masih lagi berada dikampung bercuti dengan nenek dan atuk.

Kerja yang menimbun satu amanah, insyaallah akan dilakukan dengan sebaik mungkin. Bercerita-cerita dengan rakan sekerja dari bual kosong hinggalah bercerita tentang "JODOH" isteri kepada seorang kakitangan kami yang telah meninggal dunia setahun yang lalu. Perancangan dan rencana Tuhan tiada siapa dapat menduga, akhirnya balunya bertemu jodoh dengan bekas teman lelakinya.Kekadang memikirkan kebahagiaan orang lain tersentuh juga hati ini, namun cepat-cepat kukikis dari hati dan mendoakan kesejahteraan hidup mereka, amin. Tuhan mempunyai perancangan tentang hidup setiap hambaNya, kita hanya redha, berusaha dan tawakal. Suara-suara sumbang yang sering memperkatakan tentang hidup orang lain, mempertikaikan "mengapa?" "kenapa?" "bagaimana?" kita patut tolak tepi. Hidup orang hak dia, rasa dia, melalui semua adalah dia. Masing-masing punya jalan kehidupan sendiri, masing-masing ingin mencorakkan ikut keperluan dan kemahuan sendiri.

Pernah ada satu teman mengatakan, "hidup ini indah". Kita mengindahkan hanya kerana kita ingin satu jalan yang baik untuk kita, kebahagiaan untuk kita, kesejahteraan untuk kita dan senyuman yang manis untuk kita. Jika ada yang ingin mencorakkan menjadi yang sebaliknya, itupun adalah hak dia, itupun adalah jalan yang mungkin dia sanggup redah. Terpulang pada diri. Setiap kita punya pegangan dan kepercayaan dan juga mempunyai segala impian. Bagaimana merealisasikan? itupun hanya dari diri masing-masing merealisasikan ikut kemahuan.

Sampai jumpa lagi dicoretan yang lain pula, selamat bekerja!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan