Damai, tenang dan selesa itulah menjadi impianku selama ini. Aku suka dengan suasana yang amat damai jauh dari keriuhan yang membingitkan. Hati semacam aku sememangnya suka dengan keadaan sebegini. Aku ingin menulis, aku ingin menceritakan sesuatu dan berkongsi dengan semua orang. Perjalanan dalam kehidupan sedikit sebanyak memberikan satu inspirasi buat diriku untuk menjadikan ia sebuah kisah.
Namun kerana beberapa komitmen yag harus aku laksanakan, minatku terhadap penulisan terpaksa aku tangguhkan buat seketika. Tunggulah tiba waktunya pasti akan tercapai juga impianku ini. Musim cuti hampir tiba dan inilah masa untuk bercuti dari kerja-kerja yang memeningkan.
Insyaallah, aku tengah berusaha mencari bahan dan maklumat. Aku ingin membuat sedikit kajian tentang sesuatu kisah sebelum aku menulis. Minda ini sebenarnya sarat dengan pelbagai idea dan pelbagai cerita. Namun belum juga berkesempatan untuk aku alihkan ke penulisan. Ya, pasti satu hari nanti aku akan berusaha untuk laksanakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan