Isnin, 7 Januari 2013

CERPEN : Kisah Kau Dan Aku

Hujan lebat pagi ini setelah hampir seminggu cuaca begitu terik memeritkan. Nyaman kurasakan dengan udara yang sejuk sedinginnya hatiku dikala ini. Berita yang kuterima malam tadi terlalu mengganggu emosiku. Teman serumahku Zahra sedang sibuk mengemas rumah dan aku? pemerhati setianya.
" Sofi, sudah-sudahlah layan hati kau tu, nanti kau sakit lagi." Zahra yang sedang sibuk memvakum karpet menegurku.
"aku terluka zahra, kenapa ini yang aku terima dari dia? apa salahku sebenarnya?." setitis airmata jatuh lagi pagi ini setelah semalaman aku membasahi bantal dan selimutku dengan airmata.
" Sofi, semalam kau tidur lewatkan? lampu bilik masih terang masa aku keluar kebilik air. Apa yang kau buat semalam hah?." Soal zahra padaku. Temanku yang sejak kecil ini memang begitu perhatian sekali pada diriku. Walaupun kadangkala sikapku ini menjengkelkan dirinya dengan sifat keras kepalaku.
"takda apa.." jawabku selamba sambil melangkah masuk semula kebilikku. Zahra hanya mampu menggelengkan kepala melihat tingkahku. Dan dia faham apa yang berlaku. Terima kasih zahra!

***********************************************************

Pejabat masih lenggang diwaktu seawal 6.45 pagi. Aku sengaja datang awal hari ini memandangkan semalam pun aku masih tidak dapat melelapkan mata. Emosiku dan jiwaku benar-benar kacau bilau. Dan hanya selepas sembahyang subuh tadi, aku sempat melelapkan mata setengah jam diatas sejadah. Kupandang kerja diatas meja, Ya Allah! ini mesti kerja mak minah murai tu yang letakkan masa staff semua dah balik hari jumaat yang lalu." Hish! macam kena langgar dengan taufan meja aku!"..Omelku sendiri.
"takpa makcik aku akan buat, pukul 8 nanti kau tahulah tangan kau yg cantik tu nak tandatangani semua baucar bayaran ni.!" kataku lagi. Dan aku memulakan tugas ku sambil ditemani makcik cleaner yang membersihkan meja setiap staff didalam pejabat ini. Segala fail dan invois yang ada atas meja kususun dengan teliti dan kukepilkan bersama memo untuk ditandatangani, selesai juga akhirnya!. Ku pandang skrin komputerku, tertera bait bicara yang ku terima dari dia sebagai wallpaper yang menghiasi pandanganku. Hatiku mula menjadi sayu.
" hoi makcik! sampai hati kau tinggalkan aku pagi tadi !". tepukkan dibahu membuatkan aku terperanjat.
" Ya Allah zahra! tak reti ke nak bagi salam ni, nak gugur rasanya jantung aku tau!"..geramku. Zahra hanya tersengih sambil melangkah kemejanya.
" Yalah, assalammualaikum dan selamat pagi Cik Sofiya Binti Adam.."
" Walaikummusalam Cik Zahra Hj Abdullah, macam itulah jangan main serbu dan terjah je, kan elok..sejuk hati aku ni.." Sambil berlalu meninggalkan Zahra yang mengaru kepalanya melihat timbunan fail-fail diatas mejanya untuk menghantar kerja-kerja yang selesai aku buat tadi ke bilik Puan Syarmine, boss di bahagian kewangan.
" Sofi, jomlah minum aku dah kebulur dah ni ! dahlah semalam aku takda selera nak makan tengok kau berkurung dalam bilik, hari ini kau tinggalkan aku pula ! nasib baik kau tinggalkan kunci kereta kau, aku bawa kereta kau tadi .."  Zahra yang berbaju kurung hijau pagi ini ku pandang sambil tersenyum. Corak dan bunganya hampir sama dengan baju kurung asli warna biru laut yang kupadankan penampilanku dengan tudung warna yang sedondon.
"Maaflah pasal semalam aku tak temankan kau makan, jomlah!.." Aku dan zahra menuju kekantin pejabat. Aku hanya mengambil sandwich dan teh panas sebagai alas perutku dan Zahra dengan sup ayamnya, milo ais dan sebiji karipap."Ermm ! memang kebulur betullah teman aku ni !" desis hatiku.
"Eh! kau naik teksi ke pagi tadi? apa pasal kau tak bawa kereta kau ?" Dengan mulut yang penuh Zahra menyoalku.
" Naik baslah, Aku sajalah zahra nak ambil angin pagi, kata arwah mak angin pagi dan subuh baik untuk kita, segar rasanya".
" Iyalah tu aku percaya dengan kata kau ni, eiii, kau tau tak aku geram tau, kau tinggalkan aku, tapi bila aku nampak kunci kereta kau masih tergantung, aku nak marah pun tak jadilah.." Gelak Zahra sambil mengunyah karipap pusing kegemarannya.
" Zahra, aku rasa nak berhenti kerjalah dan bagi notis sebulan gaji, apa pendapatmu?".. Tiba-tiba apa yang kufikirkan semalaman kusuarakan pada Zahra. Bulat mata Zahra melihat aku. Macam nak telan aku pun ada!

***********************************************************

Niatku sebelum berangkat ke lapangan terbang aku ingin menziarahi kubur arwah mak dan arwah ayah. Barang-barangku yang mana perlu telah selesai ku masukkan kedalam beg. Kupandang bilik ini, kupandang ruangan yang pernah melihat duka dan tangisku.Akhirnya, ku capai sebuah diari dan sekeping gambar, wajah ini! wajah yang mengusik hatiku dimana kasih dan sayangku kucurahkan hanya untuk dirinya. Disaat aku memerlukan dirinya terjadinya konflik, terjadinya sesuatu diluar kemahuanku. Aku baca coretan yang pernah menjadi suntikan semangat buat diriku didalam diari ini. Dulu dia suka menulis sesuatu dalam diari ini tanpa pengetahuanku dan semuanya untukku. Indah tulisannya, gemersik  bicaranya dan aku terpesona. Dialah satu-satunya lelaki yang aku cintai walaupun dia sudah menjadi milik wanita lain.

buat sayangku Sofi,

" Jika mentari menyilaukan pandanganmu, 
  aku akan melindungi dirimu,
  Jika hujan membasahi dirimu,
  aku tetap ada untuk memayungimu

  Ingatlah bait bicaraku, tertulis hanya untukmu,
  kau ilhamku, kau inspirasiku dan juga denyutan nadiku,
  Cinta dalam hatimu kupahatkan dalam nota jiwaku,
  Andai terpisah, biarlah jasad ku kaku dalam dakapanmu.

  Sofiya, kau kesayanganku sampai akhir waktu,
  Ingatlah jiwa ini begitu merinduimu,
  bersama kita berdoa semoga ada pintu
  untuk kita bersama harungi hidup ini
  didalam suka dan duka, susah dan getir,
  senang dan senyum bersamamu Sofiya Binti Adam!

Kesayuan mula melanda diriku. Kata -kata ini begitu bermakna buatku dan lalu kucapai pen dan kutulis sesuatu didalam diari yang menjadi kesukaan kami berdua.

" Biarlah mentari memancarkan sirnanya,
aku tetap terlindung dibawah rendangnya pohon,
biarlah hujan membasahi tubuhku,
agar kudapat merasakan rahmat dariNya.

Setitis embun dihujung jariku,
mengalirkan dingin kehatiku,
bicara dan puitismu wadah untukku,
akan kusemadikan dalam memoriku,
sebelum ajal datang bertamu,
terpisah jua kita akhirnya.

Sayangku, rasa hati ini utuh untukmu,
selagi belum pudar dek masa berlalu,
biarlah rindu ini kubawa jauh disana,
dengan perit dan pedihnya ku ubati 
dengan zikrullah,

Doaku padamu berbahagialah sayangku,
hargailah permata yang ada didepanmu,
doakanlah agar aku bisa melupakanmu,
untuk meneruskan sisa hidupku.
Selamat tinggal sayang,
senyumlah sayang, senyum untukku
Ahmad  Zafrul Hj  Ahdin!
AKU OKEY !

Aku menutup diari kesayanganku itu dan ku masukkan gambarnya diatas coretan yang aku tulis sebentar tadi. Ku pandang wajah zahra yang mendung hanya menanti hujan turun.
" betulkah Sofi keputusan kau ni, sampai hati kau tinggalkan aku.."..Zahra mula menangis.
" Zahra, aku dah lama fikirkan semua ini dan memang aku nak sangat kerja begini. Kau pun tahu kan aku suka dengan aktiviti mengembara ini dan kerja-kerja sukarelawan ke negara bergolak?..ala.. ada facebook dan Twitter!Insyaallah,nanti aku uploadlah gambar banyak-banyak bagi kau tengok!" kataku untuk tidak menyuramkan suasana. Zahra tersenyum lalu lantas kami berpelukan hiba.
" Zahra, kau boleh tolong aku tak? " Zahra memandangku. Ku hulurkan kotak berbalut indah yang berisikan seutas jam tangan dan sebuah buku yang hendak ku berikan kepada Ahmad Zafrul sebagai hadiah ulangtahun tandanya kasih kami. Namun ku simpan apabila  Ahmad Zafrul menemuiku untuk memberitahu bahawa dia terpaksa membuat pilihan antara ibu dan kasih hatinya. Dan akhirnya Ahmad Zafrul memilih untuk melepaskan ku kerana tidak mahu kehilangan keluarganya. Aku redha Ya Allah! aku redha ketentuanMU. Aku ubati laraku dengan Zikrullah dan doa kepadaMu. Aku akan lalui hidupku dijalan yang luas dimuka bumi Allah ini.
" Apa ni Sofi?" tanya zahra.
"Tolong berikan pada Ahmad Zafrul selepas pemergianku. Katakan padanya simpanlah kenangan ini, jika bersamaku takut akan tercicir disepanjang jalanku. Aku tahu, dia masih sayangkan aku dan jika dia rindu lihatlah aku dimana pun aku berada lewat nota-nota dan nukilan yang kukirimkan melalui facebook dan blogku. Aku tidak akan terus menghilang kerana siapa pun dia dan apa pun yang terjadi sebagai hamba Allah aku sayang semuanya." Airmataku jatuh lagi dan untuk sekian kalinya aku dan Zahra berpelukan lagi. Selamat tinggal sahabatku, doalah semoga ada pertemuan lagi. Dan tatkala ku berada diawan biru aku menangis sepuas hatiku kerana ku sendiri tidak tahu bila dan waktunya akan ku kembali lagi. Selamat tinggal sayangku, selamat tinggal. Kisah antara kau dan aku bersemadi didasar hatiku yang paling dalam!.


Hasil karya,
Leeza Japri (blogger)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan