Isnin, 6 Januari 2014

hahaha. dah lepas dah new year tuuu.. lambat sangat! dah 6 hari berlalu. Apa pun still in JANUARY okay!..hehe

Percutian dengan family memang seronok, "seronok" juga habiskan duit.. uwargghh...tapi apapun yang penting adalah kegembiraan bersama keluarga dan anak-anak.

Belum lagi nak upload gambar percutian. Sebab masa takda, saya nak balik rumah kejap ek!
okay! see ya...

Rabu, 9 Januari 2013

Kisah Ajoi Dan Coca-Cola Bhgn 1 & 2.

Ajoi Dan Coca-Cola Bhg 1

Ajoi semasa duk rumah bujang dengan Sumardi.
Sumardi : Joi, kirim air sejuk kat kedai depan.
Ajoi : coca-cola atau pepsi ?
Sumardi : coca-cola
Ajoi : tin atau botol ?
Sumardi : botol
Ajoi : besar atau kecil?
Sumardi : Aduuhhh!! Beli ajer la aper-aper air!
Ajoi : natural atau mineral ?
Sumardi : MINERAL !!!!
Ajoi : panas atau sejuk ?
Sumardi : DIAMLAH PERGI JER LA KEDAI !!!
Ajoi : sekarang atau eesok ?
Sumardi : SEKARANG !!!
Ajoi : ko nak ikut ker tak?
Sumardi : Gua nak bunuh lu… !!!
Ajoi : nak tikam atau nak tembak ?
Sumardi : aduhhhh…mati aku…!



Ajoi Dan Coca-Cola Bhg 2

Ajoi bila dah kawin dan ader anak…
Di tengahari yang panas mendidih, Ajoi menyuruh anaknya yang baru darjah dua pergi ke kedai berhampiran rumah semi-D nya.
Ajoi : Naaaak, sini jap.
Anak Ajoi : iyaa abahhh
Ajoi : amik duit ni pastu kamu pergi belikan coca-cola di kedai depan sana ya, 1 untuk mama, 1 untuk abah, 1 adik dan 1 untuk kamu, berapa semua coca-colanya sayang?
Anak Ajoi : (menjawab dgn muka jujur) Mmm.. 3 abah
Ajoi : Ah..aper la kamu ni. Abah ulang balik ya.. 1 untuk mama, 1 untuk abah, 1 adik dan 1 untuk kamu, berapa semua jumlah coca-cola nak kena beli?
Anak Ajoi : 3 abah.
Ajoi : Aduihhh budak ni, macamana dia sekolah ni? Kamu kat sekolah tak belajar ker? 1 campur 1 pun salah???
Cengginih….1 untuk mama, 1 untuk abah, 1 adik dan 1 untuk kamu, berapa semua jumlah coca-cola nak kena beli? (Ajoi mula hangin satu badan)
Anak Ajoi; 3 abahhh…(mulai menangis)
Ajoi : (Ajoi tak tahan, sambil cubit pipi anak dia) Berapa semua coca-cola!!!!?
Anak Ajoi : (sambil menangis kesakitan) semuanya 3 abah, kerana saya nak Pepsi…..!

Isnin, 7 Januari 2013

Kisah Budak Kampung Aki Dan Jiman - Bhgn 2.

Aki berlari menuju kerumah Jiman. Hari ini dia berpakaian kemas kerana mengikuti bapanya ke Pekan untuk membeli belah.
" Jiman ! oh Jiman ! kau mau ikut aku kah?" sambil membetulkan kemeja yang dipakainya.
" woi Aki, semat pulak kau hari ini, mau pegi mana?" Jawab Jiman.
" ke bandar ikut bapa shopping, ayuhlah ikut aku, jangan bawa duit, bapaku banyak duit tapi kau jangan curi ya!"..amaran Aki yang disambut dengan jeliran lidah Jiman.
"Iyalah, aku bersiap dulu".. dengan gembiranya Jiman bersiap dengan sehabis handsomenya sambil bernyanyi riang. Setelah memberitahu kepada emaknya, Jiman keluar mengikuti Aki. Aki dan Jiman jarang ke bandar. Dunia mereka hanya dirumah, sekitar kampung, melastik burung dan bermain. Ini kerana taraf hidup keluarga mereka yang tidak menentu rezekinya dan bukanlah orang senang. Bapa Aki pula hanyalah sebagai pemandu lori ganti dan hari ini bapa Aki menerima gaji.
Kereta Datsun model lama kepunyaan bapa Aki membawa mereka bertiga kebandar untuk membeli keperluan dan beberapa barangan yang lain. Kelihatan sungguh gembira yang tidak terkata Aki dan Jiman. Dibelikan aiskrim, dibelikan Kasut Croc tiruan mereka bersorak dan dipakai terus. Dibelikan makanan ringan dan coklat mereka tertawa riang. Aki dan Jiman merasakan bahawa hari itu adalah syurga buat mereka berdua. Jam menunjukkan angka 8.00 malam, bapa Aki membawa mereka pulang. Sepanjang jalan, lampu-lampu jalan menerangi jalan kiri dan kanan. Deretan kedai terang benderang begitu juga dengan rumah-rumah orang. Tiba-tiba suasana menjadi gelap!.. Aki bertanya pada bapanya dan bapanya memberitahu bahawa bekalan elektrik terputus seluruh kampung. Tiba-tiba Jiman bersuara,
" Aki ! bagus betul kereta bapa kau ni kan, semua lampu tiada, tapi kereta bapa kau tidak pula mati karan. Eh! nanti aku suruh bapa beli kereta beginilah ada lampu kalau mati karan!.." Aki dan bapanya tergelak.. Alahai Jiman..Jiman..inilah kalau budak yang jarang naik kereta dan tidak peka pada keadaan. Kesian kau Jiman.


karya,
Lezaa Japri

Kisah Budak Kampung Aki Dan Jiman - Bhgn 1

Kisah sahabat baik yang tinggal berjiran sedang asyik bermain kejar-kejaran sambil melastik burung yang berterbangan berdekatan dengan dusun Atok Anjang. Dan mereka tidak sedar akhirnya mereka tersasar dari laluan biasa yang mereka lalui. Aki dan Jiman berfikir jika menyusuri sungai mereka pasti jumpa jalan keluar. Bermain melastik burung hingga terlalai masuk jauh kedalam hutan. Aki berbadan gempal, Jiman bertubuh sederhana. Sedang Aki memikirkan jalan untuk keluar, Jiman bersuara " Aki, nanti kau kasi tahu bapa aku, aku minta maaf sebab masa aku curi duit dia didompet, aku nampak gambar aweknya. Bagitahu gambar tu pun aku curi sekali bikin kenangan kalau aku mati dalam hutan ni". Aki pula bersuara, " Jiman kalau aku mati kelaparan dalam hutan ni,kau bagitahu atuk aku, aku minta ampun sebab keluarkan gambar awek dia dari dompetnya dan masa aku kembalikan duit yg kau curi dari bapa kau tu dalam dompet bapa kau, aku letakkan gambar awek atuk aku dalam dompet tu, kau bagi tahu ya". Dengan selambanya, Jiman menjawab " OK!".. sebenarnya dia tidak faham cerita si Aki dan sebenarnya juga mereka tidak sesat cuma mereka berada hanya satu kilometer dari rumah, hanya minda mereka mengatakan mereka sudah sesat. Itulah asyik bermain hingga maghrib.

Karya,
Leeza Japri

CERPEN : Kisah Kau Dan Aku

Hujan lebat pagi ini setelah hampir seminggu cuaca begitu terik memeritkan. Nyaman kurasakan dengan udara yang sejuk sedinginnya hatiku dikala ini. Berita yang kuterima malam tadi terlalu mengganggu emosiku. Teman serumahku Zahra sedang sibuk mengemas rumah dan aku? pemerhati setianya.
" Sofi, sudah-sudahlah layan hati kau tu, nanti kau sakit lagi." Zahra yang sedang sibuk memvakum karpet menegurku.
"aku terluka zahra, kenapa ini yang aku terima dari dia? apa salahku sebenarnya?." setitis airmata jatuh lagi pagi ini setelah semalaman aku membasahi bantal dan selimutku dengan airmata.
" Sofi, semalam kau tidur lewatkan? lampu bilik masih terang masa aku keluar kebilik air. Apa yang kau buat semalam hah?." Soal zahra padaku. Temanku yang sejak kecil ini memang begitu perhatian sekali pada diriku. Walaupun kadangkala sikapku ini menjengkelkan dirinya dengan sifat keras kepalaku.
"takda apa.." jawabku selamba sambil melangkah masuk semula kebilikku. Zahra hanya mampu menggelengkan kepala melihat tingkahku. Dan dia faham apa yang berlaku. Terima kasih zahra!

***********************************************************

Pejabat masih lenggang diwaktu seawal 6.45 pagi. Aku sengaja datang awal hari ini memandangkan semalam pun aku masih tidak dapat melelapkan mata. Emosiku dan jiwaku benar-benar kacau bilau. Dan hanya selepas sembahyang subuh tadi, aku sempat melelapkan mata setengah jam diatas sejadah. Kupandang kerja diatas meja, Ya Allah! ini mesti kerja mak minah murai tu yang letakkan masa staff semua dah balik hari jumaat yang lalu." Hish! macam kena langgar dengan taufan meja aku!"..Omelku sendiri.
"takpa makcik aku akan buat, pukul 8 nanti kau tahulah tangan kau yg cantik tu nak tandatangani semua baucar bayaran ni.!" kataku lagi. Dan aku memulakan tugas ku sambil ditemani makcik cleaner yang membersihkan meja setiap staff didalam pejabat ini. Segala fail dan invois yang ada atas meja kususun dengan teliti dan kukepilkan bersama memo untuk ditandatangani, selesai juga akhirnya!. Ku pandang skrin komputerku, tertera bait bicara yang ku terima dari dia sebagai wallpaper yang menghiasi pandanganku. Hatiku mula menjadi sayu.
" hoi makcik! sampai hati kau tinggalkan aku pagi tadi !". tepukkan dibahu membuatkan aku terperanjat.
" Ya Allah zahra! tak reti ke nak bagi salam ni, nak gugur rasanya jantung aku tau!"..geramku. Zahra hanya tersengih sambil melangkah kemejanya.
" Yalah, assalammualaikum dan selamat pagi Cik Sofiya Binti Adam.."
" Walaikummusalam Cik Zahra Hj Abdullah, macam itulah jangan main serbu dan terjah je, kan elok..sejuk hati aku ni.." Sambil berlalu meninggalkan Zahra yang mengaru kepalanya melihat timbunan fail-fail diatas mejanya untuk menghantar kerja-kerja yang selesai aku buat tadi ke bilik Puan Syarmine, boss di bahagian kewangan.
" Sofi, jomlah minum aku dah kebulur dah ni ! dahlah semalam aku takda selera nak makan tengok kau berkurung dalam bilik, hari ini kau tinggalkan aku pula ! nasib baik kau tinggalkan kunci kereta kau, aku bawa kereta kau tadi .."  Zahra yang berbaju kurung hijau pagi ini ku pandang sambil tersenyum. Corak dan bunganya hampir sama dengan baju kurung asli warna biru laut yang kupadankan penampilanku dengan tudung warna yang sedondon.
"Maaflah pasal semalam aku tak temankan kau makan, jomlah!.." Aku dan zahra menuju kekantin pejabat. Aku hanya mengambil sandwich dan teh panas sebagai alas perutku dan Zahra dengan sup ayamnya, milo ais dan sebiji karipap."Ermm ! memang kebulur betullah teman aku ni !" desis hatiku.
"Eh! kau naik teksi ke pagi tadi? apa pasal kau tak bawa kereta kau ?" Dengan mulut yang penuh Zahra menyoalku.
" Naik baslah, Aku sajalah zahra nak ambil angin pagi, kata arwah mak angin pagi dan subuh baik untuk kita, segar rasanya".
" Iyalah tu aku percaya dengan kata kau ni, eiii, kau tau tak aku geram tau, kau tinggalkan aku, tapi bila aku nampak kunci kereta kau masih tergantung, aku nak marah pun tak jadilah.." Gelak Zahra sambil mengunyah karipap pusing kegemarannya.
" Zahra, aku rasa nak berhenti kerjalah dan bagi notis sebulan gaji, apa pendapatmu?".. Tiba-tiba apa yang kufikirkan semalaman kusuarakan pada Zahra. Bulat mata Zahra melihat aku. Macam nak telan aku pun ada!

***********************************************************

Niatku sebelum berangkat ke lapangan terbang aku ingin menziarahi kubur arwah mak dan arwah ayah. Barang-barangku yang mana perlu telah selesai ku masukkan kedalam beg. Kupandang bilik ini, kupandang ruangan yang pernah melihat duka dan tangisku.Akhirnya, ku capai sebuah diari dan sekeping gambar, wajah ini! wajah yang mengusik hatiku dimana kasih dan sayangku kucurahkan hanya untuk dirinya. Disaat aku memerlukan dirinya terjadinya konflik, terjadinya sesuatu diluar kemahuanku. Aku baca coretan yang pernah menjadi suntikan semangat buat diriku didalam diari ini. Dulu dia suka menulis sesuatu dalam diari ini tanpa pengetahuanku dan semuanya untukku. Indah tulisannya, gemersik  bicaranya dan aku terpesona. Dialah satu-satunya lelaki yang aku cintai walaupun dia sudah menjadi milik wanita lain.

buat sayangku Sofi,

" Jika mentari menyilaukan pandanganmu, 
  aku akan melindungi dirimu,
  Jika hujan membasahi dirimu,
  aku tetap ada untuk memayungimu

  Ingatlah bait bicaraku, tertulis hanya untukmu,
  kau ilhamku, kau inspirasiku dan juga denyutan nadiku,
  Cinta dalam hatimu kupahatkan dalam nota jiwaku,
  Andai terpisah, biarlah jasad ku kaku dalam dakapanmu.

  Sofiya, kau kesayanganku sampai akhir waktu,
  Ingatlah jiwa ini begitu merinduimu,
  bersama kita berdoa semoga ada pintu
  untuk kita bersama harungi hidup ini
  didalam suka dan duka, susah dan getir,
  senang dan senyum bersamamu Sofiya Binti Adam!

Kesayuan mula melanda diriku. Kata -kata ini begitu bermakna buatku dan lalu kucapai pen dan kutulis sesuatu didalam diari yang menjadi kesukaan kami berdua.

" Biarlah mentari memancarkan sirnanya,
aku tetap terlindung dibawah rendangnya pohon,
biarlah hujan membasahi tubuhku,
agar kudapat merasakan rahmat dariNya.

Setitis embun dihujung jariku,
mengalirkan dingin kehatiku,
bicara dan puitismu wadah untukku,
akan kusemadikan dalam memoriku,
sebelum ajal datang bertamu,
terpisah jua kita akhirnya.

Sayangku, rasa hati ini utuh untukmu,
selagi belum pudar dek masa berlalu,
biarlah rindu ini kubawa jauh disana,
dengan perit dan pedihnya ku ubati 
dengan zikrullah,

Doaku padamu berbahagialah sayangku,
hargailah permata yang ada didepanmu,
doakanlah agar aku bisa melupakanmu,
untuk meneruskan sisa hidupku.
Selamat tinggal sayang,
senyumlah sayang, senyum untukku
Ahmad  Zafrul Hj  Ahdin!
AKU OKEY !

Aku menutup diari kesayanganku itu dan ku masukkan gambarnya diatas coretan yang aku tulis sebentar tadi. Ku pandang wajah zahra yang mendung hanya menanti hujan turun.
" betulkah Sofi keputusan kau ni, sampai hati kau tinggalkan aku.."..Zahra mula menangis.
" Zahra, aku dah lama fikirkan semua ini dan memang aku nak sangat kerja begini. Kau pun tahu kan aku suka dengan aktiviti mengembara ini dan kerja-kerja sukarelawan ke negara bergolak?..ala.. ada facebook dan Twitter!Insyaallah,nanti aku uploadlah gambar banyak-banyak bagi kau tengok!" kataku untuk tidak menyuramkan suasana. Zahra tersenyum lalu lantas kami berpelukan hiba.
" Zahra, kau boleh tolong aku tak? " Zahra memandangku. Ku hulurkan kotak berbalut indah yang berisikan seutas jam tangan dan sebuah buku yang hendak ku berikan kepada Ahmad Zafrul sebagai hadiah ulangtahun tandanya kasih kami. Namun ku simpan apabila  Ahmad Zafrul menemuiku untuk memberitahu bahawa dia terpaksa membuat pilihan antara ibu dan kasih hatinya. Dan akhirnya Ahmad Zafrul memilih untuk melepaskan ku kerana tidak mahu kehilangan keluarganya. Aku redha Ya Allah! aku redha ketentuanMU. Aku ubati laraku dengan Zikrullah dan doa kepadaMu. Aku akan lalui hidupku dijalan yang luas dimuka bumi Allah ini.
" Apa ni Sofi?" tanya zahra.
"Tolong berikan pada Ahmad Zafrul selepas pemergianku. Katakan padanya simpanlah kenangan ini, jika bersamaku takut akan tercicir disepanjang jalanku. Aku tahu, dia masih sayangkan aku dan jika dia rindu lihatlah aku dimana pun aku berada lewat nota-nota dan nukilan yang kukirimkan melalui facebook dan blogku. Aku tidak akan terus menghilang kerana siapa pun dia dan apa pun yang terjadi sebagai hamba Allah aku sayang semuanya." Airmataku jatuh lagi dan untuk sekian kalinya aku dan Zahra berpelukan lagi. Selamat tinggal sahabatku, doalah semoga ada pertemuan lagi. Dan tatkala ku berada diawan biru aku menangis sepuas hatiku kerana ku sendiri tidak tahu bila dan waktunya akan ku kembali lagi. Selamat tinggal sayangku, selamat tinggal. Kisah antara kau dan aku bersemadi didasar hatiku yang paling dalam!.


Hasil karya,
Leeza Japri (blogger)

Khamis, 3 Januari 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013 !



Tahun 2012 telah berlalu, kini kita sedang berada di awal tahun 2013. Selamat datang 2013 semoga tahun ini akan memberi kebahagian, kemurahan rezeki yang berlipat ganda serta kesihatan yang baik dari sebelumnya. Kita lupakan masa lalu dan kita sentiasalah pandang masa depan semoga kehidupan yang kita cari akan bertambah baik dari segi segala-galanya...amin!

Isnin, 26 November 2012

IMBASAN MEMORI DUKA


Tarikh 24.11.2012 satu tarikh duka sebenarnya. Kata orang jangan ingati perkara yang lepas dan yang menyakitkan. Tapi aku juga manusia biasa. Hati dan perasaan memang tidak boleh tipu. Ada yang bagi nasihat agar aku sentiasa menipu diri sendiri untuk melupakannya.NAMUN hati aku masih tidak boleh! Kenapa? kerana aku punya rentak sendiri dalam keterusan hidupku selama ini.

Tahun 2004, mungkin selamanya atau tidak akan ku ingati. Terpulanglah apa saja. Aku tidak pernah menjanjikan apa-apa untuk melenyapkan tahun itu daripada sebahagian hidupku. April 2004, aku kehilangan seorang insan yang melahirkan aku kedunia ini. Emak meninggal setelah hampir empat tahun ayah pergi. Sedih tidak terkata, jiwaku terasa kosong, dialah insan paling aku sayangi. Saat terakhirnya yang paling aku ingati adalah pada hari perginya emak, aku sempat menyuapkan emak buah anggur oleh kerana dia menolak diberi makan nasi. Emak lumpuh separuh badan dan kudrat untuk bercakap pun tidak ada. Kami hanya menggunakan bahasa isyarat untuk menyatakan sesuatu kepada emak. Aku redha emak pergi juga akhirnya tinggalkan kami. Sedih yang teramat, semoga emak bersama-sama orang mukmin disisi Allah. amin.

Selang enam bulan kemudian, kesedihan kehilangan emak belum pulih sepenuhnya. Aku telah berpisah dengan insan yang pernah memberiku cinta sepenuh jiwa dan raganya. Insan yang memberikan aku dua orang cahaya mata sebagai penyeri kehidupan kami. Insan yang aku cintai, aku sayangi dan aku hormati. Aku redha jua perpisahan ini.

Kini sudah lapan tahun kami berpisah. Hubunganku dengannya masih tetap baik dan penuh redha. Alhamdulillah, tuhan berikan aku kekuatan diri. Aku takkan pernah lupakan dia, aku takkan pernah ada rasa benci untuknya. Bukan semuanya salahnya, malah aku juga silap. Hidupku baik-baik saja selepas kami berpisah, begitu juga dia dan anak-anak. Bersyukur ya Allah, aku masih sempat melihat anak-anak membesar depan mata. 24.11.2004, tarikh sedih. Tak apa jika aku tak nak lupakan kerana aku bukan jenis yang suka meratap, malah ku jadikan satu kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang bersisa ini.