Pejabat, kekadang tempat kita cari makan ni banyak dugaannya. Tentang persekitaran, karenah pihak atasan, orang sekeliling dan emosi diri sendiri. Tapi itulah, kebanyakannya kita terpaksa telan sendiri apa yang terjadi dan berlaku dihadapan kita. Kuasa bersuara kita langsung tidak memberi kesan yang baik pada yang berkenaan. Dan memilih untuk selamat kita berdiam diri terpaksa menahan diri.
Ada ketika aku terfikir bila masanya aku meneruskan bakat dan minatku dalam bidang penulisan.Hatiku tidak begitu yakin dan terlalu cepat mengalah dengan keadaan. Selalu terfikir bahawa setiap tulisan yang aku buat sesuaikah dengan pemikiran masyarakat sekarang yang semakin "pintar" menilai.Iya, aku akui mungkin melihat apa isu yang cuba ku bangkitkan, apa tulisan yang patut aku luahkan, semuanya bergantung pada penyampaian penulisanku. Saat bersendirian, samada membasuh baju, memandu kereta ataupun sedang memasak, idea yang menjengah ke minda pelbagai jalan cerita. Namun bila ku jari-jemariku cuba mencoretkan semula kedalam bentuk tulisan, aku jadi buntu! penceritaanku tidak selari dengan apa yang singgah dalam mindaku.Entahlah kenapa, mungkin persekitaran yang kurang sesuai ataupun aku perlu kesuatu tempat yang aman dan menyegarkan untuk menyalinkan idea dari minda ke tulisan. Ermm! boleh difikirkan, Pulau? tepi sungai? dalam rumah yang sunyi dan sepi? dalam kereta? atau atas bangunan?.
Cuma satu sahaja yang perlu diketahui, aku suka menulis, aku suka meluahkan apa yang singgah dihati dan diminda.Ya, mungkin itu caraku menghabiskan sisa-sisa kehidupanku disamping beribadah kepada Allah S.W.T. Aku juga sebenarnya tidak suka membuang waktu dengan berpeleseran, lepak atau membeli belah tanpa tujuan dan matlamat.Dan kerana tabiat inilah aku sering dipertikaikan, aku sering diperlekehkan dan aku sering ditertawakan kerana aku tidak bersosial seperti mana yang orang lain buat. Cukuplah masa remaja yang aku begitu aktif dan gemar menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Aku sudah merasa nikmatnya dunia dengan melakukan pelbagai aktiviti. Namun kini, semenjak usia menginjak ke angka 30-an dan menjadi ibu kepada dua orang anak lelaki, aku lebih suka menghabiskan waktu dengan membaca novel, buku-buku ilmiah, bersantai bersama keluarga dan anak-anak. Dan walaupun aku seorang ibu tunggal, aku bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang memahami dan sayang padaku. Itulah nikmat yang tidak terhingga memiliki anak-anak yang berada disamping kita dan kurnia Allah pada diriku. Alhamdulillah.
Semoga perubahan baik yang berlaku pada diriku sentiasa diberkati Allah, terimalah aku seadanya. Jika dahulu aku melakukan sesuatu yang tidak baik, keampunan dari Allah S.W.T amat aku mohon dan aku juga memohon kemaafan pada insan-insan yang pernah aku lukai samada didalam sedar ataupun tidak. Syukran .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan