Sebelum aku nak masuk tidur, aku nak update dulu cerita tentang "Mr.Niceman" ini.
Dalam pukul 11.00 tadi, seperti biasa aku online menggunakan ID YM . "Mr.Niceman" yang memang online terus menyapaku. Cuma malam ini dia agak berlainan sikit dari malam-malam sebelumnya dimana dia begitu rancak bercerita. Curiousity menyebabkan aku perlahan-lahan cuba membuatkan dia meluahkan apa yang dia cuba pendamkan. Dan akhirnya dia memberitahu dia ingin balik semula ke Kuala Lumpur kerana dia mengalami satu peristiwa yang terjadi dalam familynya. Dan sebagai menghormatinya, tak perlulah aku bercerita pula diblog ku ini tentang masalahnya. Aku juga kena menghormatinya kerana dia ada sedikit kepercayaan padaku untuk berkongsi kisahnya.
Oh ya! lupa nak beritahu, "Mr.Niceman" ini orang melayu yang berasal dari Kuala Lumpur. Dia tidak pula bercerita bagaimana dia boleh datang keSabah dan menetap disini. Mungkin adalah tu kisahnya cuma dia rasa belum masanya dia ceritakan semuanya padaku. Dan aku sebenarnya tidak kisah pun jika dia langsung tak beritahu sebab dan musababnya kerana itu adalah kisah peribadinya.Ya, kalau percaya padaku ceritalah, luahkanlah, tapi jika timbul curiga dan kurang yakin padaku baik jangan ceritakan lebih baik simpan saja dalam hati.
Memandangkan "Mr.Niceman" agak kurang semangat malam ni, tak banyak isu dan topik yang kami bualkan. Dia juga berterus terang keadaannya malam ni dan memintaku agar tidak ambil kisah. Ermm! aku faham dan tak kisah, cuma satu permintaannya yang agak berlainan sikit iaitu meminta aku agar menjadi pendengar setia buatnya, menjadi teman yang mesra-mesra gitu! hahaha...tapi dengan pantas aku memberi jawapan padanya, " U, menjadi pendengar setia mungkin boleh, tapi teman mesra-mesra yang gitu tu minta maaflah banyak-banyak yer, tak mampu den nak nolongnya!".. jawapanku disambut dengan gelaknya "hahahahaha.... u dah lain fikirlah" katanya.. opsss! aku ke yang lain fikir atau sememangnya itulah sebenarnya yang difikirkan?! ah! whateverlaaaa....
So, jika "Mr.Niceman" mood dah okay, adalah tu episod 3. But now, 12.32am already! sleepy and GUDNITE!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan