.... Tabiatku amat suka menjengah blog-blog yang berunsurkan dakwah, blog-blog ilmiah, blog-blog penulisan cerpen,novel dan blog-blog yang memaparkan berita semasa dan isu semasa. Aku singgah membaca diblog salah seorang imam yang aku kagumi iaitu blog Imam Muda Asyraf. Banyak isu dan entry yang menarik untuk dibaca serta menambah pengetahuan tentang beberapa hal yang menjadi kemusykilan.
Orang yang berperwatakan sederhana ini adalah salah seorang peserta rancangan realiti TV yang mendapat sambutan hangat seluruh negara suatu masa dahulu iaitu Program Imam Muda yang disiarkan di Astro Oasis. Imam Muda Asyraf yang telah beristeri dan kini mempunyai seorang anak adalah peserta imam muda yang pertama menjuarai program itu. Mengapa aku tertarik? sebab nama yang sama dengan nama anak lelakiku Muhd Hafiz Ashyraf. Aku juga berdoa semoga anak-anak lelakiku berjaya didunia dan akhirat seperti imam muda Asyraf ini.
Teman-teman, marilah kita sama menjadi "follower" kepada blog imam muda. Banyak bahan menarik yang boleh dikongsikan bersama. Insyaallah jika yang baik sentiasa kita kejar, maka baiklah jadinya. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan